Berita

Ikuti siri ‘soalan lazim mengenai DAP’ di FB Roketkini

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Roketkini.com menerbitkan siri ‘soalan lazim mengenai DAP’ dalam bentuk paparan grafik bagi memberi penerangan kepada orang ramai memahami agenda dan perjuangan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

‘Soalan lazim mengenai DAP’ akan diterbitkan secara berkala dan boleh dibaca melalui laman facebook rasmi Roketkini.

Pembaca, aktivis DAP dan penyokong Pakatan Rakyat digalakkan untuk memuat turun, berkongsi dan menyebarkannya melalui media baru agar  aspirasi dan perjuangan DAP dapat diperluaskan, serta menjawab tohmahan yang dilemparkan sejak berdekad lalu.

Antara kandungan ‘soalan lazim mengenai DAP’ ialah ‘pandangan DAP mengenai konsep negara Islam’, ‘apakah DAP bersikap anti-Melayu’ dan ‘sikap DAP terhadap Dasar Ekonomi Baru berbanding sistem meritokrasi’.

Dalam pada itu, Roketkini.com ingin memaklumkan bahawa akhbar The Rocket edisi Bahasa Melayu kini boleh dibaca secara atas talian atau dimuat turun dalam format PDF.

Manakala kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan akhbar The Rocket Bahasa Melayu versi cetak untuk edaran, digalakkan untuk menghubungi Pusat Khidmat Adun mahupun Ahli Parlimen DAP berhampiran anda.

Sebarang maklumat, pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan adalah sangat dialu-alukan. Pembaca boleh mengirimnya melalui emel di [email protected]. – Roketkini.com