Berita

Persidangan DAP 2014 bermula hari ini

SUBANG, 14 DIS: Persidangan Kebangsaan DAP 2014 dengan tema ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ bermula hari ini.

Tema persidangan kali ini adalah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ – peribahasa lama Melayu yang mencerminkan komitmen DAP terhadap solidariti rakyat Malaysia ke arah perpaduan, toleransi , keadilan sosial, dan peluang saksam untuk semua.

Seramai lebih 2,700 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara kini berhimpun di One City, USJ dan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh sebagai speaker Persidangan.

Antara ucapan dasar dan topik perbahasan para perwakilan menjurus kepada persediaan DAP menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya umum (PRU) ke-14.

Selain itu salah satu lagi agenda penting dalam Persidangan Kebangsaan kali ini ialah bagi meminda Perlembagaan Parti.

Antara cadangan yang dibentangkan adalah pemilihan anggotan dalam CEC dinaikkan dari 20 ke 30 orang mewajibkan kuota 30 peratus golongan wanita dalam CEC.

Untuk mengikuti Persidangan DAP 2014 secara langsung, sila layari Ubah TV. – Roketkini.com