All posts tagged 'Persidangan DAP'

Ucapan bahasa Thai, kisah kalendar Jawa curi tumpuan Persidangan DAP 2014

Persidangan parti tahunan ini dilihat sebagai satu acara yang penting kerana mempertemukan seluruh pimpinan parti dari seluruh negara. Selain dapat mempertautkan kembali hubungan sesama mereka, ia juga adalah persidangan untuk menilai kembali perjuangan parti selama setahun.

Sekolah Demokrasi , usaha Roketkini kembang demokrasi

“DAP bukan parti yang mementingkan agenda satu kaum saja. Dalam sosial demokrasi cuma ada dua istilah iaitu kaum menindas dan tertindas.

“Peralihan undi dua peratus tumbangkan BN”

“Dua peratus ini akan menyebabkan BN hilang kuasa dengan hanya memenangi 103 kerusi Parlimen,” katanya dalam Ucapan Dasar Persidangan DAP, hari ini.

Ucapan dasar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

2014 mungkin akan dikenang sebagai annus horribilis (tahun yang mengerikan) bagi Malaysia dalam beberapa dekad ini, tetapi kita percaya dengan rakyat Malaysia bahawa kita akan bangkit sebagai sebuah bangsa bagi mengatasi cabaran yang mendatang.

DAP tidak anti-Islam atau Melayu, tapi anti-rasuah

DAP tidak pernah menyatakan bahawa parti ini anti kepada mana-mana ajaran agama, atau kaum tertentu, sebalikya parti ini anti kepada rasuah dan penyelewengan kuasa, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ucapan alu-aluan Tan Kok Wai, Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP

DAP akan terus berkonsisten dengan ideologi Sosial Demokrasi yang menekankan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia. Berdasarkan kepada tiga teras: kebebasan, keadilan dan kebersamaan.

Penghargaan buat ‘Harimau Jelutong’, mendiang pemimpin DAP

Ahli Parlimen Cheras itu juga melahirkan penghormatan kepada mantan Ahli Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng dan Adun Bukit Assek Wong Ho Leng yang turut meninggal dunia tahun ini.

DAP seru rakan Pakatan tumpu agenda bersama

Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai menegaskan DAP dan Pakatan tidak boleh terperangkap dengan taktik licik UMNO, kerana agenda bersama perlu lebih diutamakan.

Persidangan DAP 2014 bermula hari ini

Tema persidangan kali ini adalah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ – peribahasa lama Melayu yang mencerminkan komitmen DAP terhadap solidariti rakyat Malaysia ke arah perpaduan, toleransi , keadilan sosial, dan peluang saksam untuk semua.

‘Berat sama dipikul ringan sama dijinjing’, tema Persidangan DAP 14 Disember ini

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, Persidangan DAP akan diadakan pada 14 Disember ini bertempat di One City, The Place, Subang Jaya, bermula jam 10 pagi dengan kehadiran perwakilan berJumlah 2,725 orang.