Rencana

Ucapan bahasa Thai, kisah kalendar Jawa curi tumpuan Persidangan DAP 2014

LKS_daftarSelesai sudah Persidangan DAP 2014 yang diadakan di One City semalam yang dihadiri kira-kira 938 perwakilan dan 216 pemerhati dari seluruh negara.

Kaunter pendaftaran dibuka seawal sembilan pagi, wakil media memenuhi bahagian tempat duduk di bahagian kanan pentas persidangan.

Dalam pertemuan kali ini, para perwakilan tidak melepaskan peluang setahun sekali itu untuk saling bertegur-sapa dan bertanya khabar.

Ramai2Di luar dewan persidangan, pameran mengenai sejarah parti dipaparkan, dan ramai memanfaatkan kesempatan mencatat nota dan mengambil gambar.

Persidangan parti tahunan ini dilihat sebagai satu acara yang penting kerana mempertemukan seluruh pimpinan parti dari seluruh negara. Selain dapat mempertautkan kembali hubungan sesama mereka, ia juga adalah persidangan untuk menilai kembali perjuangan parti selama setahun.

Kali ini, Persidangan DAP dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli serta exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Pimpinan_PRSelain itu, wakil dari kedutaan Amerika Syarikat dan Singapura juga turut dilihat hadir untuk acara pembukaan persidangan parti.

Pembukaan persidangan dimulakan kira-kira jam 10 pagi dengan seluruh perwakilan dan undangan-undangan persidangan diminta berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu parti DAP dengan persidangan dipengerusikan oleh ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh.

Sejurus pembukaan persidangan, Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai telah memulakan ucapan alu-aluan.

Dalam ucapannya, Tan menegaskan kembali ideologi sosial demokrasi yang berteraskan kebebasan, keadilan dan kebersamaan.

Beliau juga telah meminta hadirin bertafakur selama seminit untuk memperingati tiga orang pemimpin parti yang telah meninggal dunia iaitu Karpal Singh, Seah Leong Peng dan Wong Ho Leng.

video_karpalDi samping ucapan beliau, video tribut selama empat minit turut dimainkan sebagai ingatan tiga orang mendiang pimpinan DAP disaksikan oleh setiap perwakilan dengan perasaan sebak.

Dalam ucapan dasar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, beliau menekankan dasar-dasar parti di samping menyelar sikap parti UMNO-BN yang membawa perjuangan yang bersifat perkauman dan mengamalkan rasuah.

Ucapannya turut diiringi dua video berdurasi empat minit yang menceritakan agenda Impian Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Video itu merakamkan beberapa orang pemimpin parti bersama sukarelawan yang masuk ke kawasan penempatan-penempatan orang asal di Sabah dan Sarawak untuk menyampaikan sumbangan melalui program itu.

Manakala video kedua pula merakamkan satu program baru yang dilancarkan kerajaan Negeri Pulau Pinang dinamakan – Program Ibu Emas khusus membantu ibu-ibu tunggal dan suri rumah sepenuh masa di Pulau Pinang.

Impian Malaysia memulakan projek-projek sukarelawan khususnya di Sarawak pada awal Mei 2013.

pameran2Setakat hari ini sebanyak 150 orang sudah menyertai program-program yang dilaksanakan Impian Sarawak.

Manakala program Ibu Emas pula sudah dimulakan sejak tahun 2010 dengan agenda ‘Ekonomi Saksama’. Ucapan penuh semangat dari Lim itu mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke kemudiannya mengambil podium untuk meluluskan Minit Kongres Parti terdahulu, diikuti oleh Bendahari Parti Fong Kui lun yang membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan yang telah diaudit.

Acara program ditangguhkan dan disambung semula pada pukul 2 petang dengan mendengar ucapan perbahasan dari wakil-wakil seluruh negara.

pameran1Di luar dewan, terdapat meja jualan kemeja dan baju-T disediakan oleh petugas-petugas parti, disamping pameran akhbar The Rocket.

Namun, antara yang mencuri tumpuan dalam persidangan kali ini antaranya ialah ucapan perwakilan Parit Jawa dari Johor, Bajuri Tahir, yang bercakap tentang sisi mistik hudud yang mengikutnya bahawa ‘masalah kelakuan mencuri di dunia takkan pernah habis’.

bajuri_tahirLucunya, Bajuri turut membawa kalendar Jawa ke atas podiium, yang kemudiannya ditunjukkan kepada perwakilan tentang bagaimana cara-caranya mengenali karektor seseorang individu hanya berdasarkan tarikh lahir mengikut ramalan kalendar tersebut

Manakala, wakil Perlis Teh Seng Chuan menghidupkan suasana petang di persidangan apabila bercakap dalam bahasa Thai. Sambil tersenyum-tersenyum beliau menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Thai.

Hadirin yang menyaksikan ucapan beliau, kemudiannya bertanya antara satu sama lain tentang apa yang sedang diperkatakan oleh perwakilan itu.

Namun, akhirnya suasana itu ditenangkan apabila seorang perwakilan sanggup menterjemah ucapan Pengerusi DAP Perlis itu. Beliau turut memakluman, di Perlis sekarang ini sudah ada satu cawangan parti yang majoriti ahlinya adalah masyarakat Siam di Perlis.

Perwakilan_DAPPerbahasan yang baik juga disampaikan oleh Edry Faizal, perwakilan Selangor yang menitkberatkan mengenai kepentingan ideologi dan latihan memahami idea demokrasi adalah melalui institusi latihan seperti Sekolah Demokrasi.

Meskipun terdapat laporan media menyatakan majoriti perwakilan bercakap dalam bahasa Melayu bagi mengikis imej bahawa DAP adalah parti chauvinis.

Sedangkan ini sebenarnya petanda positif bahawa parti ini punya dinamik sendiri, inklusif dan menyantuni segenap lapisan masyarakat Malaysia.- Roketkini.com