Berita

Cukai iklan di Perak naik 6,600 peratus?

IPOH, 23 DIS: Sekiranya kerajaan Perak menguatkuasakan Undang-undang Kecil 2013, Akta Kerajaan Tempatan Majlis Perbandaran Manjung, cukai iklan di daerah itu akan mengalami kenaikan setinggi 6,600 peratus.

ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham mengkritik langkah kerajaan negeri meluluskan. kenaikan melampau yang tidak masuk akal tersebut.

Antaranya di bawah Undang-undang Kecil 2013, yuran tahunan untuk iklan tanpa lampu bersaiz 10 meter persegi sebanyak RM170 berbanding RM30 sebelum ini.

Di bawah undang-undang kecil 2013 cukai bagi iklan 100 meter persegi sebanyak RM1070 berbanding RM 300.00 di bawah undang-undang lama.

“Kadar baru cukai iklan mencatat kenaikan sehingga  6,600 peratus menyebabkan pengguna di negeri ini menanggung kos tambahan yang tinggi,” ujar Ngeh.

Beliau turut melampirkan senarai bagi membandingkan kadar cukai baru di bawah Undang-undang Kecil 2013 dengan kadar lama di bawah Undang-undang Kecil 1984.

Antaranya:

– Cukai iklan berlampu 10 meter persegi di bawah Undang-undang Kecil 2013 berjumlah RM150 berbanding RM60 (1984)

– Cukai iklan 100 meter persegi RM1,050 (2013) berbanding RM600 (1984)

– Cukai iklan berlampu 10 meter persegi RM1,800 (2013) berbanding RM60 (1984)

– Cukai iklan 100 meter RM18,000 (2013) berbanding RM 600 (1984)

– Cukai ilklan berlampu 10 meter persegi RM1,800 persegi (2013) berbanding RM60 (1984)

Ngeh yang juga Ahli Parlimen Bruas menyifatkan kerajaan Perak bertindak gila kerana membenarkan keenaikan cukai iklan yang terlampau drastik.

“Ramai Ahli Majlis bercakap di media menentang kenaikan itu, sekarang ini (saya menyeru) mereka lakukan sesuatu.

“Mungkin mereka sekarang ini sudah tidak perasan, atau adakah kerana mereka tidak lagi dipilih? soal Ngeh. – Roketkini.com