Berita, Isu Semasa

GERAMM bantah sikap semberono Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Gerakan Media Marah (GERAMM) membantah keras tindakan perwakilan Pemuda PAS yang mengancam wartawan The Malaysian Insider Mohd Farhan Darwis pada muktamar di Shah Alam, semalam.

gerammDalam kenyataan dikeluarkan hari ini, perikatan longgar itu menegaskan, Pemuda PAS seharusnya menggunakan saluran yang betul jika mempunyai sebarang masalah, bukannya membuat ancaman.

“GERAMM membantah keras ancaman untuk mengasari wartawan dalam apa jua cara bentuk fizikal.

“Jika ada masalah atau membantah sesebuah berita, mereka harus menyatakannya secara rasmi kepada agensi berita terbabit.

“Pemuda PAS juga boleh menggunakan saluran perundangan jika berasakan sesebuah berita itu berunsur fitnah,” tegas mereka.

GERAMM ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya. – Roketkini.com