Berita, Isu Semasa

Mahkamah tetap 9 Julai keputusan ketepi saman ahli

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 9 Julai ini sebagai tarikh untuk menetapkan keputusan sama ada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) boleh mengetepikan saman sivil bagi mengisytiharkan pemilihan semula pada 2013 terbatal.

Saman itu difailkan empat ahli DAP yang memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan pemilihan semula CEC sebagai terbatal.

Mereka juga menuntut DAP mengadakan pemilihan baru.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang turut hadir di mahkamah.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang turut hadir di mahkamah.

Dalam permohonan itu, Tay Kok Beng, Tan Kim Seng, Law Theng Hooi dan Wong Yu Liuh mempertikaikan kesahihan senarai perwakilan yang mengundi pada 29 September 2013.

Antara aduan mereka ialah, senarai perwakilan dalam pemilihan 2012 digunakan semula dalam pemilihan kali kedua pada 2013.

“Jumlah perwakilan yang boleh mengundi dalam pemilihan semula CEC pada September 2013 meningkat seolah-olah wakil dari 120 cawangan yang tidak layak mengundi pada Disember 2013 turut diambil kira,” kata mereka.

Pemilihan semula anggota CEC pada September 2014 diadakan apabila pengundian asal pada Disemberi 2012 diisytihar tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana wujud kesangsian.

Ia kemudian didapati berlaku akibat kesilapan sistem komputer yang digunakan dalam pemilihan berkenaan.

Peguam Gobind Singh memberitahu media, CEC memohon saman berkenaan dibatalkan menurut Seksyen 16 dan 18(c) Akta Pertubuhan.

Katanya, menurut peruntukan itu, sebarang isu berkaitan pertikaian antara ahli parti politik berkaitan identiti pemegang jawatan perlu dibawa ke ROS.

“Disebabkan ada aduan difailkan kepada ROS dan ia masih disiasat, saman yang dikemukakan adalah salah guna proses mahkamah,” katanya. – Roketkini.com