Berita, Isu Semasa

Demo di bangunan SUK Selangor ditaja?

SHAH ALAM, 18 JUN: Kerajaan negeri percaya ada pihak tertentu sengaja menaja sekumpulan orang untuk berdemonstrasi di depan pintu pagar utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam.

Laporan Selangorkini menyebut, andaian itu semakin kuat apabila peserta perhimpunan berkenaan tiba menaiki dua buah bas persiaran.demo air5

Peserta terbabit mendakwa mereka adalah penduduk Gombak dan Klang yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Protes berkenaan dipimpin Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal.

Saksi berkata, sesetengah penunjuk perasaan juga bertindak liar kerana membaling baldi sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun Selangorkini melaporkan, beliau tiada di bangunan berkenaan ketika kejadian kerana berada di Kelantan.

Pegawai berita, Shahril Said mewakili Pejabat Menteri Besar Selangor menerima memorandum daripada kumpulan itu. – Roketkini.com