Berita

Kampung Abdul Rahman Yassin bakal diroboh, DAP Johor mahu penjelasan

KUALA LUMPUR 20 OKT: DAP Johor meminta penjelasan pihak berkuasa alasan sebenar mereka mahu menghalau orang Asli yang mendiami Kampung Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor yang diduduki sejak 45 tahun lalu.

Merujuk notis bertarikh 15 Oktober 2015 yang dikeluarkan Pejabat Tanah Kluang, Pegawai Khas kepada Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali kesal penduduk kampung itu diarah mengosongkan penempatan itu tanpa penjelasan munasabah.

Sheikh OmarBeliau berkata, notis sama juga mengarahkan penduduk supaya meroboh rumah mereka serta-merta atau berdepan operasi perobohan tanpa sebarang tanpa amaran, selewat-lewatnya esok.

“Notis itu mengancam untuk RM10,000 mendenda penduduk maksimum RM10,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika penduduk gagal mematuhi arahan berkenaan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Mengikut sumber Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA), kampung yang diterokai Ajon Bakar sejak 45 tahun lalu didiami 23 keluarga orang Asli yang berhijrah dari Rompin, Negeri Sembilan dan Kluang.

Sheikh Omar juga mempersoal status dan pemilikan sebenar tanah itu dan alasan munasabah menghalau penduduk berkenaan serta rancangan sebenar pihak berkuasa terhadap tanah berkenaan.

WIRA1640“Mengapakah selepas sekian lama, baru sekarang timbul isu penduduk mahu dihalau dan rumah mereka mahu diroboh? Mengapa sekarang baru tergesa-gesa sedangkan kesannya membebankan orang Asli?” katanya.

Beliau juga berharap perbincangan lebih terperinci antara penduduk dan penduduk dilakukan dalam mencapai persetujuan semua sekaligus membawa kepada penyelesaian terbaik.

“Keengganan penduduk untuk mengosongkan penempatan menggambarkan ada keraguan dan kerisauan menyelubungi mereka yang belum diselesaikan pihak berkuasa,” katanya.