Berita

Air mata iringi pampasan hasil desakan DAP Johor

KLUANG 26 OKT: Sebahagian penduduk Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin menitis air mata berikutan kesungguhan DAP Johor memperjuang nasib mereka hingga memperoleh pampasan yang dituntut.

Apatah lagi, Pegawai Khas kepada Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata mereka terpaksa meninggalkan kampung yang didiami sejak 45 tahun lalu berikutan arahan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA).

Sheikh Omar“Mereka sedih dan hiba untuk meninggalkan penempatan yang didiami sekian lama sekalipun gembira atas kejayaan menegakkan hak mereka,” katanya pada kenyataan media, baru-baru ini.

Pada 23 Oktober lalu, penduduk bersetuju mengosongkan sepenuhnya penempatan mereka selepas menerima surat rasmi JAKOA yang diserah kepada semua 19 ketua keluarga di Dewan Pusat Latihan Orang Asli, Batu 3 Jalan Mersing di sini.

Selepas penyerahan surat mengandungi enam perkara yang dipersetujui sebagai pampasan, wang tunai RM2,500 diserah kepada mereka, disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Tan Hong Pin.

sura20151023_113348Melalui surat perjanjian itu, penduduk akan dipindah ke tiga lokasi transit di Tanah Runtuh – Kluang, Kahang dan Rompin sebelum ke penempatan baru

Sekalipun persetujuan dicapai, Sheikh Omar berkata, DAP Johor akan memastikan segala janji dalam rasmi JAKOA kepada orang Asli benar-benar dilaksanakan demi kebajikan mereka.

Menganggapnya kejayaan besar perjuangan membela orang Asli, beliau berkata surat itu menjadi dokumen rasmi sebagai asas untuk memastikan segala janji dikotakan.