Berita

Serbuan portal media jejas hak kebebasan bersuara

KUALA LUMPUR 8 NOV: DAP menyifat menyerbu dua portal berita tempatan sebagai suatu rancangan untuk menakut-nakutkan portal berita bagi menyekat kebebasan bersuara dan merai perbezaan pandangan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hairan kerana media pro-Umno mahupun cybertrooper BN tidak dikenakan tindakan sama sekalipun sarat dengan pembohongan dan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Harapan.

“Kes paling klasik ialah laporan muka depan Utusan Malaysia kononnya DAP mahu mewujudkan negara Kristian, yang ternyata satu pembohongan berniat jahat tetapi tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

“Malah, banyak kes seumpama itu tidak diambil tindakan sekalipun membabitkan media sama,” katanya sambil mengutuk keras serbuan polis dan Suruhanjaya Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap MalaysiaKini dan The Star Online.

mkiniKelmarin, sepasukan polis dan SKMM menyerbu kedua-dua pejabat itu dan merampas komputer byang digunakan bagi menghasilkan laporan berkaitan perpindahan Timbalan Pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pendakwaraya sebahagian daripada petugas SPRM yang menjalankan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International.

Serbuan itu menerima kecaman Gerakan Media Marah (GERAMM) yang meminta pihak berkuasa menghormati hak media untuk melaporkan berita dan makumat kepada rakyar tanpa sebarang ancaman.

Pada kenyataan media itu, Kit Siang juga menganggap perbuatan itu merosakkan reputasi negara di mata dunia sebagai sebuah negara yang sederhana, telus dan demokratik tanpa lebih pelanggaran hak demokrasi asas dan kebebasan rakyat.