Berita

Takut tak dapat permit, Ahli Parlimen dihalang kunjungi bazar Deepavali

 

KLUANG 10 NOV: Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan rombongan DAP Kluang dihalang mengunjungi ke bazar Deepavali Jalan Stesen di sini, semalam sekalipun pada sambutan Hari Deepavali.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Sheikh Ali Omar, berkata, individu yang mengaku sebagai penganjur bazar berkenaan dikatakan khuatir akan mendapat kesusahan jika membenarkan Ahli Parlimen Kluang itu menziarahi kawasan berkenaan.

“Tahun ini, Encik Jewa (nama panggilan individu itu) yang mendakwa menganjurkan bazar melarang kami memasuki bazar. Jika tidak, permit bazar untuk tahun hadapan tidak akan diluluskan,” kata Chin Tong dipetik.

WIRA3594Ia mengulangi kejadian pada 2013, apabila rombongn DAP dihalang Pengerusi MIC Kluang untuk memasuki bazar Deepavali, sebaliknya dirai pada sambutan sama di bazar kendalian sekumpulan peniaga.

Bagi mengelak situasi tegang, Sheikh Omar berkata, rombongan DAP diketuai Chin Tong memilih untuk meninggalkan laluan utama bazar dan meneruskan ziarah melalui lorong lain.

Menyifatkan perbuatan itu melampau, beliau kesal kerana tiada undang-undang melarang seseorang dari mengunjungi bazar, premis awam lebih-lebih lagi pada sambutan perayaan rakyat Malaysia.

WIRA3829“Bahkan Liew Chin Tong merupakan wakil rakyat di sini. Bayangkanlah betapa lucunya apabila anda melarang wakil rakyat dari memasuki kawasan dalam parlimennya sendiri!” katanya.

Apapun, kata Sheikh Omar, DAP Kluang mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat dengan harapa perayaan itu mengundang sejuta kebaikan dan cahaya kemeriahan dalam hidup.

“Syukur, beberapa kedai dapat diziarahi dan dapat luangkan masa menemui masyarakat India yang membeli belah untuk ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada mereka,” katanya yang sempat singgah di beberapa kedai bersama rombongan itu untuk membeli belah pakaian dan makanan.