Berita

Program lukisan mural pupuk minat seni anak muda

PEKAN NENAS 15 JAN: Dalam usaha mengindahkan kawasan setempat dan menyemai minat anak muda untuk menyertai aktiviti bersifat kesenian, satu program lukisan mural anjuran pimpinan DAP dibantu persatuan setempat diadakan 7 Januari lalu.

Program anjuran Penyelaras Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pekan Nenas, Yeo Tun Siong dan dibantu Persatuan Belia Salam itu berlangsung di Kampung Sawah dekat sini.

Proses melakar dan mengecat mural itu mengambil masa dua hari dengan bantuan sukarelawan Belia Salam seramai 12 orang. Kerjasama digembleng atas inisiatif Ahli Jawatankuasa Belia Salam,” kata mereka pada kenyataan media bersama.

Program yang menekankan aspek seni komuniti itu kesinambungan program Impian Johor, bertujuan melahirkan semangat kemasyarakatan melalui medium kesenian.

SONY DSC

SONY DSC

Lukisan mural itu melambangkan satu imaginasi mengenai anak-anak kecil yang akan meningkat dewasa dan mengharungi cabaran global masa depan,” kata kenyataan itu.

Malah, lukisan mural itu turut menekankan antaranya elemen keindahan yang terinspirasi dari pemandangan di kampung itu dengan latar panorama Gunung Pulai serta suasana aktiviti pertanian di kawasan pontian yang berhampiran laut.

Justeru, pelaksanaan program seumpama itu diharapkan dapat menarik minat warga setempat untuk bergiat aktif, sekaligus menjadikan kawasan itu indah dan menarik bukan sahaja buat penduduk di situ malah pengunjung.