Berita

Guan Eng ziarah keluarga Allahyarham Mohd Yusof

GEORGETOWN,  21 JAN: Di sebalik kesibukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam sempat meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Yusof di Jalan Kampung Jawa Baru di sini.

“Saya di sini untuk memberi sokongan kepada keluarga, juga untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap masalah denggi. Kita takkan tahu siapa yang bakal jadi mangsa. Mungkin juga saya, mungkin anda atau siapa juga.

12486000_1224270734257041_8595833832780941339_o (Custom)“Jadi saya mohon agar orang ramai mengambil langkah tambahan untuk menjaga kebersihan dan melakukan langkah pencegahan,” kata Setiausaha Agung DAP itu yang turut menyumbang RM500 sebagai tanda sokongan.

Mohd Yusof  meninggal dunia pada 7 Januari lalu akibat demam denggi selepas mengadu demam pada 2 Januari dan dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang..

Bapa Allahyarham, Ismail Samsuddin, 50, adalah pemandu di Jabatan Kerja Raya Negeri dan memiliki enam anak. Mohd Yusof anak kelima dan baru sahaja memulakan penggal persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Westland.

Turut hadir, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr. Afif Bahardin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Teh Lai Heng.