Rencana

Bawa masuk pekerja asing: Siapa buat untung berbilion ringgit?

 

TIDAK. Saya tidak merujuk kepada bagaimana pekerja asing menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara, walaupun perkara itu perlu dikaji.

Sebaliknya, saya ingin memberi gambaran banyak mana wang yang terlibat dalam urusan membawa masuk pekerja asing ke Negara ini. Dengan itu, masalah sebenar berkaitan dasar pekerjaa asing oleh kerajaan.

Ringkasnya, salah satu sebab kemasukan beramai-ramai pekerja asing 2.1 juta yang berdaftar manakala dua ke tiga juta tidak mendaftar dengan tambahan 1.5 juta lagi warga Bangladesh yang bakal dibawa masuk adalah kerana seseorang membuat keuntungan daripada apa yang saya gelarkan sebagai perniagaan pekerja asing, perniagaan  mengimport pekerja asing masuk ke Malaysia.

Saya cuba membuat tinjauan terhadap industri berkenaan dan memberi gambaran kasar mengenai siapa yang menjadi pemain utama dan berapa banyakkah wang yang terlibat.

Ketika banyak agensi kecil memainkan peranan sebagai orang tengah dan penyedia perkhidmatan, terdapat lima pemain besar mendominasi industri yang menguntungkan itu.

Kaut berbilion ringgit 

Pemain utama pertama ialah kerajaan Malaysia. Dengan caj levi dari RM410 hingga RM1850 setiap tahun, dianggar kerajaan mengumpul antara RM861 juta hingga RM1.8 bilion setiap tahun.

Tahun ini, caj levi akan meningkat dua kali ganda dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan pendapatan kerajaan daripada caj berkenaan bakal mencecah RM2.5 billion.

Tambahan pula, terdapat yuran pemprosesan RM125 dan yuran permit RM60. Dengan ini, kita bakal menyaksikan keuntungan lebih kira-kira RM400 juta, tidak termasuk caj visa yang berbeza mengikut negara asal pekerja asing.

Jika kita mengambil kira caj visa terendah iaitu RM13 (untuk warga Vietnam), jumlahnya ialah RM27.3 juta.

Sehubungan itu, urusan pekerja asing itu memberi kerajaan Persekutuan kira-kira RM2 billion keuntungan setiap tahun dan dengan peningkatan caj levi berkenaan, ia dijangka akan meningkat hingga RM3 billion.

Kedua, ada lebih kurang empat syarikat swasta yang memainkan peranan besar dalam urusan membawa masuk pekerja asing iaitu NERS Sdn Bhd, MyEg Sdn Bhd, Synerflux Sdn Bhd dan Fomema Sdn Bhd.

Tiga syarikat pertama itu mempunyai peranan yang seringkali bercanggah.

NERS contohnya, dianugerah kontrak 12 tahun pada 2011 untuk merekod, memantau proses imigresen warga asing ke Malaysia selain mengeluarkan Pas Melawat (Pekerja Sementara)(PLKS).

Untuk setiap PLKS, kerajaan akan membayar kepada NERS sejumlah RM50. Mengikut Peranggaran Persekutuan (contoh: Bajet Kerajaan Perseketuan), Kementerian Perumahan (Jabatan Imegresen) perlu membayar kepada NERS  mengikut jadual ini:

 

Tahun Jumlah (RM)
2013 105.3 juta
2014 75 juta
2015 100 juta
2016 80 juta

Jadual 1: Peruntukan Kementerian Perumahan untuk NERS Sdn Bhd berdasarkan Peranggaran Persekutuan

 

Ia bermakna, syarikat berkenaan memperoleh purata RM90 juta setahun daripada kerajaan dalam tempoh antara 2013 hingga 2016. Ia akan diteruskan sehingga 2023.

Pada Januari 2015, kerajaan Persekutuan mengumumkan MyEG dianugerah kontrak sebagai ejen tunggal memperbaharui PLKS pekerja asing. Untuk perkhidmatan mereka, MyEG bakal mengumpul RM35 dari kerajaan untuk setiap transaksi.

Ini bermakna syarikat berkenaan berpotensi mengaut keuntungan kira-kira RM74 juta setahun untuk kerja yang sebelum ini dibayar dan dilakukan NERS – mengeluarkan PLKS.

Tambahan pula, MyEG dijangka meraih hampir RM300 juta berkaitan yuran pemprosesan sebelum ia diserah ke Jabatan Imegresen.

Sejurus pelantikan itu, MyEG disiasat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berkaitan salah laku anti-persaingan berhubung pembaharuan kontrak PLKS.

Bagaimanapun, sebelum siasatan berakhir, syarikat itu sekali lagi dianugerah kontrak baru oleh kerajaan persekutuan, kali ini untuk mendaftar pekerja asing yang tidak ada dokumen sah. Walaupun amalan seumpama itu hanya bermula minggu ini, kontrak itu sudahpun diberi sejak September tahun lalu.

Siasatan hanya siap pada 6 Oktober 2015, sebulan selepas pemberian kontrak baru itu, dan MyEG didapati bersalah mengikut Seksyen 10, Akta Persaingan 2010. 

Mengikut anggaran, boleh diandaikan tambahan satu juta pekerja asing tidak berdaftar yang mengunakan khidmat MyEG akan meningkatkan keuntungan syarikat kepada RM100 juta setiap tahun atau RM47 juta keuntungan bersih

Namun, mengikut laman web MyEG, setiap pemohon perlu membayar RM1,134.52 untuk setiap pendaftaran pekerja asing tanpa dokumen. Ini menjadikan andaian pendaftaran satu juta orang, RM1.1 billion dikaut MyEG mengikut amalan itu.

Syarikat ketiga sudahpun ditetapkan untuk terlibat dalam perniagaan sama. Dalam jawapan balas sidang Parlimen pada Oktober 2015, Menteri Dalam Negeri mendedahkan Synerflux Sdn Bhd, syarikat dipercayai milik  bekas seorang Menteri Dalam Negeri akan dilantik untuk mengurus kedatangan 1.5 juta pekerja asing. 

Menteri Dalam Negeri kemudian berkata Synerflux hanya disenarai pendek dan belum dilantik. Media Bangladesh bagaimanapun melaporkan Suruhanjaya Tinggi negara berkenaan memberi amaran kepada Dhaka untuk menentang sistem atas talian yang diselia oleh sebuah syarikat (milik Malaysia…’ dengan media melaporkan Synerflux sebagai syarikat yang disebut itu

Kita tidak tahu bagaimana struktur yuran berkenaan tetapi berdasarkan dua syarikat di atas, kita boleh menganggar syarikat ketiga itu berpotensi mengaut keuntungan sekurang-kurangnya antara RM50 hingga RM100 juta setahun.

Malah, berkemungkinan besar juga syarikat berkenaan mengambil kesempatan terhadap kedudukan monopolinya dan mengenakan yuran pemprosesan setinggi RM1,000 untuk setiap pekerja asing. Kita bakal menyaksikan syarikat berkenaan berpotensi memperoleh keuntungan RM1.5 bilion.

Syarikat swasta keempat yang ada pengaruh besar dalam urusan pekerja asing ialah Fomema Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema).

Ia ditubuh pada 1996 sebagai sebahagian program kerajaan untuk memastikan pemeriksaan kesihatan yang bebas dan boleh dipercayai terhadap pekerja asing  ke negara ini. Bagaimanapun, agensi itu kemudian diswasta dan sepenuhnya dimiliki Unitab Sdn Bhd. Syarikat itu membuat pemeriksaan kesihatan terhadap 1.2 juta pekerja asing setiap tahun

Setiap pemeriksaan kesihatan dikenakan bayaran RM180 dan RM190 untuk lelaki dan perempuan. Ia memberi pulangan pendapatan kira-kira RM216 juta setiap tahun.

Dengan hanya melibatkan empat syarikat besar berkenaan, tindakan membawa masuk pekerja asing ke negara ini mengaut keuntungan urus niaga  RM3 billion.

 

Syarikat Tugas Anggaran Keuntungan (RM)
NERS Sdn Bhd merekod, memantau dan mengeluarkan PLKS RM90 juta
MyEG Sdn Bhd memperbaharui PLKS, mendaftar pekerja asing tanpa dokumen. RM1.2 bilion
Synerflux Sdn Bhd Sistem atas talian untuk menguruskan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh. RM1.5 bilion (anggaran berdasarkan RM1,000 yuran pemprosesan.
Fomema Sdn.Bhd. Pemeriksaan kesihatan wajib untuk semua pekerja asing RM270 juta

Jadual 2: Rumusan pemain sektor swasta utama dalam urusan pekerja asing

 

Keuntungan sebagai orang tengah 

Seperti yang dinyatakan, ada banyak agensi kecil dan penyedia perkhidmatan berkaitan industri bernilai berbilion ringgit itu tetapi empat syarikat tadi adalah pemain sektor swasta terbesar, dengan setiap daripadanya menerima imbuhan dari kerajaan Persekutuan.

Semua syarikat itu sudah atau bakal dianugerah kontrak melalui rundingan terus. Sekurang-kurangnya tiga daripadanya ada pertalian terus dengan pemimpin UMNO.

Jelas, NERS, MyEG dan Synerflux dibayar pada jumlah  besar untuk kerja yang seakan-akan sama. Mengapa syarikat itu dibenar mengaut beratus juta ringgit dengan melakukan kerja yang secara dasarnya sama sedangkan ia boleh dilaksanakan oleh sebuah syarikat sahaja?

Jika kerajaan sudah membayar beratus juta ringgit kepada NERS sebagai contoh untuk mengeluarkan PLKS, mengapa MyEG juga diberi beratus juta ringgit untuk mempembaharuinya apabila NERS boleh ditugaskan untuk berbuat demikian?

Atau mengapa syarikat berkenaan harus dilantik sebagai orang tengah untuk mendapat wang mudah apabila Jabatan Imigresen boleh melakukan tugas itu?

Malah, pada sidang Parlimen pada April 2015, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta kerajaan menubuhkan agensi melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk menguruskan permit pekerja asing.

Seperti sedia ada, Jabatan Imigresen sudahpun menyediakan perkhidmatan aplikasi atas talian termasuk untuk Pas Lawatan Profesional, pembantu rumah asing, pas pelajar, pas kediaman dan lain-lain.

Oleh itu, empat syarikat besar tadi membuat untung dari perkhidmatan yang seharusnya dilaksanakan jabatan kerajaan dan yang sepatutnya mudah diperoleh. Ia adalah satu contoh rent-seeking terbaik.

Peranan pekerja asing 

Saya percaya tidak ada seorang yang rasional pun menganggap Malaysia tidak memerlukan pekerja asing. Malaysia perlu menyesuaikan dirinya untuk mengakses sumber manusia dan bakat global, termasuk pekerja rendah dan separa-mahir.

Bagaimanapun, ternyata jelas ada yang tidak kena dengan situasi ini. Pengambilan pekerja asing yang tidak terurus, tidak teratur, rawak dan tidak masuk akal.

Tetapi selepas membuat tinjauan terhadap industri berkenaan, saya fikir ia jelas mengapa situasi itu berlaku demikian.

Bagi kerajaan, membawa masuk pekerja asing bukan semata-mata untuk membantu perniagaan tempatan seperti sedia ada.

Dengan itu, jika kerajaan dan kroninya mengaut berbilion ringgit daripada urusan seumpama itu, tidak pelik untuk mereka terus memperkenalkan dasar untuk menampung industri kontraktor baru, pengambilan baru, tariff baru dan undang-undang baru untuk mereka membuat keuntungan walau apapun kesan yang bakal ditanggung masyarakat dan ekonomi kita.

Kita tidak boleh berterusan seperti itu tetapi menggesa pekerja asing diharamkan bekerja di negara ini juga tindakan tidak rasional.

Yang kita perlukan ialah perancangan teliti berkaitan pelan tindakan sumber manusia. Sesuatu yang memberi peluang kepada tenaga bakat kita sendiri, mengiktiraf keperluan industri, mengenal pasti jurang dan kemudian membentang pelan strategik untuk memaksimum tenaga kerja kita, sama ada pekerja Malaysia ataupun pekerja asing.

Pelan tindakan itu harus mampu  menangani pelbagai isu melibatkan pekerjaan termasuk pengangguran tinggi dan pengangguran golongan muda di Malaysia, kadar penyertaan tenaga buruh wanita yang rendah, pekerja pasca-persaraan sebagai strategi mendapatkan kumpulan berbakat di peringkat global.

Tanpa rancangan seumpama itu, kita seolah-olah membuat andaian sendiri tanpa asas kukuh. Kita akan berakhir seperti keadaan seumpama itu di satu pihak, kerajaan mendakwa bahawa tindakannya membawa masuk pekerja asing lebih ramai lagi kerana ingin memenuhi permintaan majikan dan pemain industri memberi maklum balas.

Di satu pihak lain, kerajaan harus memastikan ada kerja yang mencukupi untuk pekerja yang dibawa masuk. Sekali lagi, ini terjadi akibat  situasi iaitu faedah keperluan sumber manusia tidak selaras dengan perniagaan tempatan, sebaliknya sumber manusia pula dijadikan semacam modal urus niaga.

 

* Steven Sim ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, juga  Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Sumber Manusia DAP dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Pulau Pinang.