Rencana

Pangkat iboh disalahguna,tanggungjawab iboh di lupa

Seseorang yang nak melibatkan dirik dalam bidang politik selalunya akan bermula dengan memiliki minat yang tinggi dalam bidang politik. Pasya nya akan masuk mana-mana parti yang nya rasakan sesuai dengan pilihan hatinya, sesuai dengan idola nya dalam politik, sesuai dengan perjuangan politik parti yang disertainya ya. Disialah bermula segalanya.

Bila dah masuk parti, dah tentu kita ada target dirik mpun. Siney arah tuju, apa yang kita maok jadi. Lalu kita pun ngekot orang bertanding jadi exco parti, MPP dan apa semua ya lah. Dari sia kita ngumpul orang-orang yang nyokong kita dan dari sialah kita tek lalu nait dan terus nait. Tapi lain orang lain caranya untuk nait.

Ada orang bermula dari dibah dari sebagai pembantu jak, tapi setegal kepercayaan yang tinggi diberik oleh orang tertinggi parti orang ya mula nait. Ada yang menjadikan kelab bercirikan politik sebagai platform untuk mendekati orang-orang penting. Pendek kata setiap orang mesti ada cara nya mpun untuk nait. Apa yang dijadikan nya sebagai batu loncatan.

Kisahnya bila kita udah di atas, jangan pernah lupak dengan orang yang ngangkat kita ya tek. Jangan jadi macam kacang lupakan kulit. Dolok masa sama-sama zaman reformasi bukan main lagik. Pendirian kita, kepercayaan kita terhadap nak nama perjuangan masa ya. Bukan main-main semangat reformasi ya dolok. Sikpat dinafikan yalah titik permulaan juak terhadap perubahan corak politik kita di Malaysia.

Kamek sebenarnya nak nyebut pasal amanah. Bukan parti Amanah ya tapi sifat amanah dalam dirik seseorang ya sik kira lah siapa nya. Amanah terhadap parti, amanah terhadap jawatan, amanah terhadap rakyat, amanah terhadap tanggungjawab. Coba ingat dolok macam ney sesebuah parti ya dibina oleh pemimpin awal. Kinek tok bila nya dah sikda apa jadi ngan parti ya? Contoh mcm PAS. Coba bezakan cara masa orang ninggal Ustaz Fadzil Noor dolok,cara Tok Guru Nik Aziz dengan cara pimpinan kinek tok. Beza gilak!

Macam ney seorang wakil rakyat lebih lagik berjawatan timbalan menteri besar dari parti yang berasaskan agama Islam tok boleh menyamakan warna parti Amanah sama kedak sami? Bukankah benda tok boleh membangkitkan kemarahan yang sik sewajarnya. Bencik sekali pun kita dengan parti lawan rasanya sik perlu sampey menghina perkara yang dihormati oleh agama lain.

Bila seseorang wakil rakyat udah dipilih dari proses pilihanraya tok, jadilah YB yang amanah. Apa nak dijanji masa pilihanraya ya, sedaya upaya tunaikan. Mun sik dapat rasa nak nuney nya jangan berjanji mulut manis macam PM Najib. Asal pilihanraya keluar semua dak peruntukan molah tok molah ya. Dah menang apa pun sikda. Mentaliti rakyat nang susah nak diubah, tapi mun dirik ya YB yang bagus, dirik lah yang patut ngubah nya.

Seperti nak dipadah oleh Tun M untuk kempen PRK baru-baru tok, pilihlah orang yang mewakili rakyat bukan nya wakil Najib. Bila sidak pemimpin atasan datang berkempen ariya,nabur janji molah jambatan kah,merik peruntukan untuk apa-apa projek ya jangan lupak ditanyak lagik ngan sidak persekutuan. Gia juaklah dengan sidak di Sarawak nun. Udah lebih sebulan lepas PRN ariya. Apa udah dipolah oleh YB kitak tek? Sekadar molah majlis sungkey ajak kah? Macam ney dengan sekolah SK Buda di Spaoh yang runtuh ya? Udah approve kah peruntukan?

Jangan jak baruk berapa bulan jadi YB/MP udah meli kereta baru. Bukan jaik-jaik kereta, kereta Vellfire,Volkswagen,Mercedes,BMW terus. Kakya rakyat di DUN/Parlimen ya tek ada sambutan perayaan kah,ada majlis kah baruk nak turun. Ney datang dapat hidup mewah mun bukan stegal jadi wakil rakyat. Jadi rakyat toklah yang mayar gaji takorang ya. Bukan Najib dgn Rosmah. Bukan nya juak agong atau sultan mahupun parti yang memegang tampuk kepimpinan negara buat masa tok.

TERJEMAHAN

Seseorang yang ingin melibatkan diri dalam bidang politik selalunya bermula dari memiliki minat yang tinggi dalam bidang politik. Kemudian dia akan menyertai mana-mana parti yang dia rasakan sesuai dengan pilihan hatinya,sesuai dengan idola nya dalam politik, sesuai dengan perjuangan politik parti yang disertainya itu. Dari situlah bermula segalanya.

Bila sudah masuk parti, dah tentu kita ada sasaran tersendiri. Kemana arah tuju, apa yang kita ingin jadi. Lalu kita pun turut serta bertanding menjadi exco parti, MPP dan macam-macam lagi jawatan. Dari situ kita mengumpul orang-orang yang menyokong kita dan dari situlah kita mula naik dan terus naik. Tapi, lain orang lain caranya untuk naik.

Ada orang bermula dari bawah dari sebagai pembantu sahaja, tapi kerana kepercayaan yang tinggi diberikan oleh orang tertinggi parti orang tersebut mula naik. Ada yang menjadikan kelab bercirikan politik sebagai platform untuk mendekati orang-orang penting. Pendek kata setiap orang mesti ada cara tersendiri untuk naik. Apa yang dijadinya sebagai batu loncatan.

Kisahnya bila kita sudah berada di atas, jangan pernah lupa dengan orang yang menaikkan kita dulu. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Dulu masa sama-sama zaman reformasi bukan main lagi. Pendirian kita, kepercayaan kita terhadap yang nama nya perjuangan ketika itu. Bukan main-main semangat reformasi dahulu. Tidak dapat dinafikan itulah titik permulaan terhadap perubahan corak politik kita di Malaysia.

Saya sebenarnya ingin menyentuh soal amanah. Bukan parti Amanah itu tapi sifat amanah dalam diri seseorang itu tidak kira lah siapa beliau. Amanah terhadap parti, amanah terhadap jawatan, amanah terhadap rakyat, amanah terhadap tanggungjawab. Cuba ingat dahulu bagaimana sesebuah parti itu dibina oleh pemimpin awal. Kini bila mereka itu sudah tiada apa jadi dengan parti tersebut?

Contohnya seperti PAS. Cuba bezakan cara masa arwah Ustaz Fadzil Noor dulu, cara arwah Tok Guru Nik Aziz dengan cara pimpinan sekarang. Perbezaaannya sangat ketara!

Bagaimana seorang wakil rakyat lebih lagi yang berjawatan timbalan menteri besar dari parti yang berasaskan agama Islam ini boleh menyamakan warna parti Amanah sama seperti sami? Bukankah perkara ini boleh membangkitkan kemarahan yang tidak sewajarnya. Benci sekali pun kita dengan parti lawan rasanya tidak perlu sampai menghina perkara yang dihormati oleh agama lain.

Bila seseorang wakil rakyat sudah dipilih dari proses pilihanraya, jadilah YB yang amanah. Apa yang dijanjikan ketika pilihanraya itu, sedaya upaya tunaikan. Jika rasa sukar untuk menunaikannya jangan berjanji mulut manis seperti PM Najib. Asal pilihanraya keluar semua segala peruntukan untuk bina itu bina ini. Dah menang apa pun tak ada. Mentaliti rakyat memang susah nak di ubah tapi jika anda itu YB yang bagus, anda lah yang patut mengubahnya.

Seperti yang dikatakan oleh Tun M untuk kempen PRK baru-baru ini, pilihlah orang yang mewakili rakyat bukan nya wakil Najib. Bila para pemimpin atasan datang berkempen tempoh hari, menabur janji untuk membina jambatan, memberi peruntukan untuk apa-apa projek jangan lupa di tanya tindakan susulan dari pihak persekutuan. Begitu jugalah dengan mereka di Sarawak. Sudah lebih sebulan selepas PRN. Apa sudah dilakukan oleh YB kalian? Sekadar menganjur majlis berbuka puasa? Bagaimana dengan sekolah SK Buda di Spaoh yang runtuh itu? Sudah approve kah peruntukan?

Jangan pula baru berapa bulan jadi YB/MP sudah berkereta baru. Bukan kereta biasa-biasa, kereta Vellfire, Volkswagen, Mercedes, BMW terus. Rakyat di DUN/Parlimen itu bila ada sambutan perayaan, ada majlis baru nak tunjuk muka. Mana datang dapat hidup mewah kalau bukan kerana jadi wakil rakyat. Jadi rakyat inilah yang membayar gaji kalian. Bukan Najib dengan Rosmah. Bukan juga Agong atau Sultan mahupun parti yang memegang tampuk kepimpinan negara buat masa sekarang. – Roketkini.com