Berita

Lebih mesra berbanding pejabat BN, orang ramai ke pejabat DAP isi borang BR1M

KUCHING, 14 DIS: Kerana mudah berurusan dengan DAP, seramai 50 orang menyerbu Pusat Khidmat DAP Kota Sentosa hari ini untuk membuat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menariknya, mereka bukan sahaja datang dari DUN Kota Sentosa tetapi juga kawasan yang berjauhan seperti Pantai Damai, Batu Lintang, Stakan, Muara Tuang, Siniawan, Mambong, Tarat, dan Sadong Jaya.

Menurut Pembantu Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, rata-rata pemohon BR1M itu mengadu mereka lebih mudah berurusan di pusat khidmat DAP berbanding pejabat Barisan Nasional kawasan mereka.

“Persoalannya, mana YB Barisan Nasional yang menang pilihanraya lepas? Lepas menang, batang hidung tak nampak.

“Takkan sudah menang, terus jadi kedekut dan sombong tidak mahu bantu rakyat? Bagaimana dengan penerima BR1M yang tiada internet di rumah untuk buat semakan online?” soalnya di Facebook beliau.

Sebelum ini, hal yang sama berlaku apabila Pusat Khidmat DAP Batu Kawah menerima permohonan dari 30 penduduk yang memohon bantuan tersebut.

Aziz berkata semua permohonan tersebut kemudiannya di hantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk diproses. – Roketkini.com