Berita

Cubaan khianat bakar pusat khidmat DAP Penampang disiasat polis

PENAMPANG, 16 OKT: Polis sedang menyiasat satu cubaan membakar Pusat Khidmat DAP Penampang yang berlaku semalam.

Perbuatan itu disedari seorang petugas di dalam pejabat berkenaan setelah terhidu benda yang terbakar.

Dia mendapati sehelai sampul surat kosong dan sekotak mancis di bakar diletakkan di bawah pintu masuk pejabat.

Pusat khidmat itu merupakan pejabat Ketua Wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang.

“Kami bernasib baik kerana ketika kejadian masih ada orang berada di dalam pejabat dan menyedarinya, dan ia disedari berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.

Beliau percaya perbuatan itu disengajakan bagi tujuan khianat dan telah dilaporkan kepada polis. – Roketkini.com