Berita

Video Bali: Adakah polis sudah ambil keterangan ‘bos’ SPRM?

PUCHONG, 23 OKT: Adakah polis sudah mengambil keterangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berhubung dakwaan hubungan sulit melibatkannya soal Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Menurutnya, polis tidak boleh melengah-lengahkan siasatan mereka dan perlu mengenal pasti fakta demi kepentingan pihak yang terlibat dalam penyiasatan itu khususnya SPRM sendiri.

Ketua Biro Undang-undang DAP itu berkata, siasatan segera amat penting kerana ia melibatkan kewibawaan agensi anti-rasuah tersebut.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali baru-baru ini yang berkata tidak dimaklumkan tentang perkembangan terbaru siasatan itu.

“Saya menggesa Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan perkembangan siasatan dakwaan melibatkan Dzulkifli.

“IGP perlu memberitahu sama ada polis telah mengesahkan tahap kebenaran kandungan dalam video tersebut?

“Cara terbaik untuk adalah bertanya Tan Sri Dzulkifli sendiri. Adakah polis sudah memanggilnya untuk soal siasat bagi membantu siasatan?” soalnya dalam kenyataan.

Minggu lalu, video yang mendakwa Ketua Pengarah SPRM itu kononnya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita di Bali, Indonesia menjadi tular.

Video berdurasi 1 minit 40 saat yang dimuat naik di laman YouTube itu menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Dzulkifli bersama seorang wanita keluar dari sebuah hotel di Bali melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). – Roketkini.com