Berita

Mahu tumpu komitmen sedia ada, Hannah tolak lantikan anggotai CEC

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap komitmen sedia ada adalah sebab utama mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menolak pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

“Setelah berfikir dan selepas mengkaji semula kewajiban masa saya, saya telah memutuskan untuk menolak tawaran dilantik dalam CEC.

“Saya ingin menumpukan masa dan perhatian saya kepada komitmen sedia ada dan saya percaya parti mempunyai lebih banyak pemimpin yang boleh berkhidmat dalam CEC,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini, baru-baru ini.

Hannah, selain merupakan Speaker DUN Selangor, turut memegang jawatan Naib Ketua DAP Wanita.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan baru-baru ini mengumumkan pelantikan Adun Perai, Prof Dr P Ramasamy sebagai ahli CEC bagi mengantikan Hannah yang menolak jawatan tersebut.

Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang turut dilantik sebagai Ketua Biro Jawatankuasa Marhaen.

Selain biro berkenaan, CEC turut bersetuju untuk mewujudkan beberapa biro lain seperti berikut:

Pengerusi/Ketua
(1) Jawatankuasa Tetap Keahlian Anthony Loke Siew Fook
(2) Biro Organisasi Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook
(3) Jawatankuasa Disiplin Chong Chieng Jen
(4) Jawatankuasa Persediaan PRU Anthony Loke Siew Fook
(5) Biro Undang-undang Gobind Singh Deo
(6) Biro Pekerja A. Sivanesan
(7) Biro Pendidikan Politik Liew Chin Tong
  1. Pengerusi Forum Dasar
Dr Ong Kian Ming
      2. Ketua Sekolah Parti Wan Hamidi Hamid
(8) Majlis Perundingan Dayak Dr John Brian
(9) Majlis Perundingan Sabah Jannie Lasimbang

Berikut pula adalah senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2017-2020:

Penasihat Seumur Hidup: Dr Chen Man Hin

Pengerusi: Tan Kok Wai

Timbalan Pengerusi: Gobind Singh Deo

Naib Pengerusi:

Chong Chieng Jen

Chow Kon Yeow

M Kulasegaran

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji*

Stephen Wong Tien Fatt*

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung:

Teresa Kok Suh Sim

Nga Kor Ming

V Sivakumar

Bendahari: Fong Kui Lun

Timbalan Bendahari: Ngeh Koo Ham

Setiausaha Organisasi: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Organisasi:

Thomas Su Keong Siong*

Khoo Poay Tiong*

Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee

Timbalan Setiausaha Publisiti:

Yeo Bee Yin*

Zairil Khir Johari

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Ong Kian Ming*

Setiausaha Antarabangsa: Teo Nie Ching

Ketua Parlimen: Lim Kit Siang

Ahli Jawatankuasa:

Chong Eng

Ronnie Liu Tian Khiew

Teng Chang Khim

Jannie Lasimbang*

Dr John Brian Anthony*

Wong Kah Woh*

Prof Dr P Ramasamy*

*dilantik