Berita

‘UMNO-PAS fikir mereka boleh bodohkan orang Melayu’

Terdapat usaha menakut-nakutkan orang Melayu untuk mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Serangan yang sudah masuk ‘gear empat’ itu menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Abdul Kadir Jasin dirancang UMNO serta sekutunya PAS.

Antara fitnah yang ditimbulkan adalah DAP kononnya akan menguasai kerajaan jika HARAPAN berjaya membentuk kerajaan.

“Tetapi mereka tidaklah hebahkan yang DAP hanya bertanding 37 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat,” ujarnya dalam tulisan di blognya, baru-baru ini.

Menurut wartawan veteran itu, yang penting bagi UMNO dan PAS ketika ini adalah pembohongan mereka itu dipercayai oleh orang Melayu.

“Dalam pemikiran mereka, orang Melayu luar bandar dan peneroka FELDA boleh diperbodohkan.

“Inilah ‘Islam’ PAS dan wassatiyah UMNO iaitu berbohong dan memperbodohkan rakyat jelata,” katanya.

Untuk rekod, PPBM merupakan parti komponen HARAPAN yang bertanding kerusi terbanyak di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 52 kerusi, diikuti PKR 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan Amanah 27 kerusi. – Roketkini.com.