Berita

Wardina sudah letih dengan Barisan Nasional

“Tidak, saya tidak takut untuk menyatakan sokongan saya bukanlah untuk BN.”

Demikian perkongsian pelakon dan selebriti terkenal Wardina Safiyyah di laman Facebooknya, sambil menegaskan bahawa Barisan Nasional bukan tuan punya negara ini

“Mereka sudah berkuasa terlalu lama.

“Malaysia memerlukan pemimpin yang ikhlas, yang betul-betul peduli, yang berkelayakan. Tired of idiotic leaders,” tulisnya.

Beliau yang menempa nama seawal sitkom Spanar Jaya itu, turut meluahkan rasa tidak senangnya terhadap rasuah dan korupsi yang membarah, selain usaha mengumpul kekayaan dalam kalangan pihak tertentu.

“Harap tak ada taktik kotor seperti membakar sentimen agama dan kaum serta fitnah melampau masa kempen. Letih.”

Tulisan tersebut dikongsikan di laman Facebook rasminya bersekali dengan pautan video siaran langsung pengumuman penggunaan satu logo dari laman Facebook rasmi Anwar Ibrahim. – Roketkini.com