Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing.
Justeru, semua perjanjian kerajaan terdahulu melibatkan pengambilan pekerja asing akan disemak semula.
“Kita akan benarkan pekerja asing untuk masuk bekerja tetapi ia akan berdasarkan keperluan.
“Keutamaan akan tetap diberikan kepada pekerja kita dahulu, Kita utamakan rakyat Malaysia dahulu, yang lain, kedua,” katanya pada sidang media.
Kula berkata demikian ketika ditanya mengenai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2016.
Isu kemasukan 1.5 pekerja asing dari Bangladesh itu pernah dibangkitkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini yang melihat langkah tersebut akan menjejaskan banyak peluang pekerjaan rakyat negara ini.
Perkara itu menjadi tumpuan susulan kenyataan bekas Timbapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 2015 yang mengumumkan seramai 1.5 juta pekerja asing Bangladesh akan dibawa masuk dalam masa tiga tahun. – Roketkini.com
Kredit foro: Kementerian Sumber Manusia