Berita

MAS minta orang ramai hati-hati penyebaran iklan palsu

Orang ramai diminta berhati-hati dengan iklas palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan penipuan dan kecurian, kata Malaysia Airlines Berhad dalam kenyataan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Malaysia Airlines Berhad tidak ada kaitan dengan iklan palsu dan kempen kami hanya dipaparkan di platform rasmi kami, saluran pengiklanan utama dan laman web di www.malaysiaairlines.com.

“Berhati-hati apabila merentasi iklan atau mesej kontroversi, terutamanya jika iklan berkenaan dari media sosial atau mesej berkumpulan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyebaran imej-imej superimpose yang tular di media sosial.

Ia turut dikongsi Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Facebook miliknya. – Roketkini.com

Malaysia Airlines: Beware of Fake Advertisements.There have been numerous fake advertisements related to Malaysia…

Anthony Loke Siew Fookさんの投稿 2018年11月20日火曜日