Berita

Azwanddin mohon maaf pada pemimpin DAP, kes saman fitnah selesai 

Seorang pemimpin NGO pro-pembangkang hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok berhubung kejadian rusuhan di Subang Jaya pada Disember tahun lalu. 

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah memfitnah Teresa kononnya Menteri Industri Utama itu mempunyai kaitan dengan pemaju One City Development yang dikatakan mempunyai kaitan dengan rusuhan berkenaan. 

“Saya membuat penyebaran permohonan maaf ini melalui media secara tiada paksaan dan menghormati keputusan dan perintah mahkamah yang mulia selari dengan prinsip saya dan JMM yang mendokong keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang,” katanya Azwamddin. 

Selain permohonan maaf, Teresa juga menuntut bayaran RM130,000 untuk penyelesaian kes di luar mahkamah. 

Azwanddin turut bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily.

Azwanddin turut membuat permohonan maaf kepada timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong dalam kenyataan yang sama.

Pada 28 Ogos lalu, Azwanddin dan Chin Tong sudah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan secara baik di depan hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar. – Roketkini.com