Berita

DAP tak ada kaitan dengan penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan’

DAP dan sayap Sosilias Muda DAP (DAPSY) tidak ada kaitan dengan penerbitan komik “Inisiatif Jalur dan Jalan” seperti yang didakwa sesetengah pihak. 

Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee berkata, kandungan komik berkenaan tidak mencerminkan pendirian DAP mahupun DAPSY. 

“Kandungan komik tersebut adalah perspektif peribadi pengarang hasil inisiatif Asia Comic Culture Museum. 

“Sama ada perspektif tersebut adalah benar atau tidak benar adalah bergantung kepada tafsiran pembaca. 

“Walaubagaimanapun, isi kandungan komik tersebut tidak mencerminkan pendirian DAP mahupun DAPSY,” tegasnya dalam kenyataan. 

Adun Pasir Pinji itu turut menegaskan bahawa DAP menjunjung kebebasan bersuara yang tidak melanggar undang-undang atau memudaratkan hak dan kebajikan pihak lain. – Roketkini.com