Berita

PM beri amaran keras terhadap pihak sebar berita palsu coronavirus

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran keras terhadap pihak yang menyebarkan maklumat tidak benar serta fitnah berkaitan penularan wabak novel coronavirus (2019-nCoV)

“Kita akan mengambil tindakan kepada mereka yang menakut-nakutkan rakyat Malaysia dan mencetuskan perasaan benci antara kaum di negara ini.

“Kita percaya kepada kebebasan bersuara tetapi tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati, kita akan ambil tindakan, kita tidak akan bertoleransi terhadap perbuatan yang cuba menipu dengan memberi maklumat salah tentang perkara ini,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.\

Orang ramai boleh menyemak laman sah seperti Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/) bagi mendapatkan maklumat sahih berkaitan isu berkenaan. 

Setakat ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat satu kumpulan sembang WhatsApp dan tiga akaun Facebook kerana disyaki menyebarkan khabar angin dan berita tidak sahih berhubung penularan wabak novel coronavirus. – Roketkini.com