Pelantikan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang baharu dipersoalkan oleh Adun Ketari, Young Syefura Othman.
Adun DAP itu menegaskan, agensi seperti LPPKN sepatutnya diterajui oleh golongan wanita.
“Kot ye (Kalau betul) pun nak agih jawatan kepada MP (ahli Parlimen) ini semua, janganlah main bagi saja. Tengoklah juga fungsi dan tujuan organisasi itu.”
“Semua MP wanita PN sudah dapat jawatankah?” sindir lagi Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan dalam capaian Twitter yang sama.
Nizar, 51, merupakan Ketua Umno Bahagian Parit.
Untuk rekod, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah melantik Datuk Dr Narimah Awin sebagai Pengerusi LPPKN. – Roketkini.com