Berita, Rencana

PN kekang kebebasan bersuara?

“Sekarang ini, tanya soalan pun tak boleh.

“Sidang Parlimen bulan Mei juga tidak diberi peluang untuk tanya soalan.“

Demikian reaksi Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berikutan tindakan polis yang memanggil bekas timbalan menteri itu ekoran tulisan ciapan di Twitter beliau sebelum ini.

Ciapan yang bertarikh 9 Mac 2020 itu antara lain mempersoalkan nasib pelan strategi kebangsaan berkaitan perkahwinan bawah umur dengan pelantikan wakil rakyat dari PAS.

Tindakan ini seolah-olah kembali ke zaman gelap Barisan Nasional yang mengekang kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Malaysia.

Sementara itu, Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat tidak adil tersebut.

“Sekarang kerajaan sudah tidak boleh menerima soalan yang wajar daripada ahli Parlimen dan bekas timbalan menteri berhubung dasar berkaitan masyarakat?” soalnya.

Untuk rekod, pelan strategi kebangsaan dilancarkan pada 16 Januari lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan bagi menangani punca perkahwinan bawah umur di peringkat akar umbi.

Pelan itu merangkumi tujuh objektif, 17 strategi dan 58 program dan sudah dirangka sepanjang pelaksanaannya dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu sehingga 2025. — Roketkini.com