Berita, Rencana

‘Saya tidak pernah terima writ saman dari Kamarul’

Oleh Abdul Aziz Isa

(Pembantu Khas kepada YB Chong Chien Jen dan Pengerusi DAP Batu Kitang)

Saya ingin memberikan penjelasan berkaitan dengan penghakiman ingkar kehadiran terhadap saya oleh Mahkamah Tinggi Malaya.

Pertama sekali, saya tidak pernah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan (“SOC”) yang dikeluarkan oleh Azril & Associates bagi pihak pensyarah Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff (“Penuntut”). Oleh itu, saya tidak menyedari jika ada writ saman dan SOC bagi pihak Penuntut telah disampaikan kepada saya.

Kedua, saya hanya mengetahui mengenai penghakiman melalui media sosial apabila Penuntut menyiarkan berita di akaun Facebooknya bahawa satu penghakiman ingkar kehadiran terhadap saya oleh Mahkamah Tinggi Malaya pada 6 November 2020. Hantaran itu telah dibuat Penuntut pada 23 November 2020.

Berita seperti itu telah mengejutkan saya. Saya tidak mengetahui bagaimana satu penghakiman ingkar kehadiran terhadap saya dibuat apabila saya tidak pernah menerima writ saman dan SOC.

Oleh itu, saya telah berjumpa dengan peguam saya untuk membuat permohonan bagi mengenepikan penghakiman ini. — Roketkini.com

Kenyataan bertarikh 24 November 2020.