Berita, Isu Semasa

DAP berjuang untuk semua kaum – Anthony Loke

Oleh Ghafar NS

Perlembagaan dan asas perjuangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak sama sekali mencerminkan DAP anti kepada mana-mana kaum di Malaysia.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, persepsi negatif berkenaan hanyalah propaganda untuk memburukkan imej DAP, seterusnya mencetuskan ‘fobia’ buat masyarakat Melayu.

Katanya, sesiapa yang ada syak wasangka boleh membaca Perlembagaan DAP yang tertera di laman web parti.

“Apabila DAP ditubuhkan, pengasasnya adalah daripada pelbagai kaum; dari pucuk pimpinan parti, kita sudah ada penglibatan dari kaum Melayu termasuk dari kalangan wakil rakyat.

“Malah, tidak masuk akal untuk DAP mengenepikan masyarakat Melayu yang merupakan pengundi majoriti dalam Piliharan Raya Umum (PRU) yang mana parti ini turut memerlukan undi mereka untuk menang,” jelasnya dalam satu sesi temu bual atas talian sempena ulang tahun ke-55 DAP semalam.

DAP merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang sah dan keahliannya terbuka kepada warganegara Malaysia tidak mengira kaum, agama, gender, budaya dan wilayah. – Roketkini.com