Berita, Budaya

Bersama bina Malaysia – Kit Siang

Oleh Roketkini

Perpaduan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kaum, bahasa, agama, dan budaya mampu membina sebuah negara Malaysia yang hebat.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia adalah titik pertemuan empat peradaban hebat dunia iaitu Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat.

Menurutnya, Malaysia berada di kedudukan yang bertuah untuk menjadi contoh kejayaan penyatuan peradaban yang bertemu di negara ini.

“Kita perlu menggerakkan segala usaha untuk memanfaatkan nilai-nilai murni dalam peradaban utama dunia ini untuk menjadi ‘sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu’.”

Lim Kit Siang

Beliau berkata demikian semasa lawatan Menteri Besar Selangor, Datuk Amirrudin Shari di Theatre Impian, Bukit Jalil semalam.

Bermula hari ini, sebuah galeri seni mempamerkan sorotan hidup, impian, aspirasi dan perjuangan Kit Siang dibuka kepada umum.

Galeri yang dibuka di Theatre Impian, Bukit Jalil itu mengumpulkan 100 hasil karya seni seperti catan, lukisan, kaligrafi dan seni saduran.

Ia adalah hasil 80 orang pengkarya tempatan bagi memaparkan perjuangan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sepanjang lebih daripada 55 tahun.

Lokasi pameran: Theatre Impian, C-03-03 Aurora Place, Jalan Persiaran Jalil 1, 57000 Kuala Lumpur

Google Maps – Theatre Impian

Baca kenyataan penuh Kit Siang di sini.