Berita

Komitmen DAP Johor: Kerja keras, capai 5 matlamat

Oleh B. Suffian

Jawatankuasa DAP Johor yang baharu memberi komitmen untuk bekerja keras demi parti walau apa halangan dan cabaran yang bakal dihadapi.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, pihaknya akan mengadakan jelajah sesi temu untuk mendengar suara hati ahli-ahli akar umbi di seluruh negeri Johor.

“Jawatankuasa negeri yang dipimpin oleh Liew Chin Tong and Teo Nie Ching ini akan berpegang teguh kepada usaha untuk mencapai lima matlamat yang telah kami gariskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Chin Tong yang juga Pengerusi Pendidikan Politik DAP menambah, lima matlamat yang digariskan itu adalah:

  1. Bersiap sedia untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
  2. Membuat persediaan lengkap untuk mentadbir kerajaan
  3. Merealisasikan impian DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum
  4. Transformasi parti: daripada kedai runcit menjadi pasar raya besar
  5. Menjadikan DAP sebagai pilihan politik anak muda dan wanita. – Roketkini.com