Berita

Benarkan doktor TCM beroperasi – Teresa

Oleh B. Suffian

Kerajaan diseru membenarkan doktor perubatan tradisi Cina (TCM) beroperasi demi memenuhi keperluan sesetengah  pesakit yang memerlukan perkhidmatan mereka.  

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, keputusan kerajaan yang menghalang doktor TCM beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 sehingga 28 Jun 2021 adalah amat tidak munasabah dan akan menjejaskan pemulihan sesetengah pesakit.

Beliau berkata, kerajaan yang menghalang perkhidmatan doktor TCM untuk beroperasi dalam tempoh PKP telah mendatangkan kritikan yang kuat daripada persatuan doktor TCM dan juga masyarakat secara umum. 

“Ramai orang tidak faham kenapakah doktor TCM dibenarkan menjalankan perkhidmatan dalam PKP yang lepas tetapi  dilarang untuk beroperasi sekarang?

“Kerajaan tidak memberi sebab atas keputusan ini. Sebenarnya, Perubatan Tradisional dan Komplimentari merupakan salah satu bahagian di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Bahagian TCM Ini menunjukkan KKM mengiktiraf TCM adalah salah satu cara perubatan yang dapat mengubati atau meringankan simptom sesetengah penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Teresa berkata, larangan kerajaan terhadap praktis doktor TCM dalam tempoh PKP 3.0 sekarang memang tidak masuk akal. 

“Ini kerana inilah waktu yang mana paling ramai pesakit perlu perkhidmatan doktor TC&M,” katanya. 

Tambahnya, doktor TCM haruslah dibenarkan untuk berkhidmat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM. – Roketkini.com