Rencana, Uncategorized

DAP Peduli:Wakil rakyat DAP terus kerja kuat, demi kebajikan rakyat

Oleh Aziera NH

Walaupun sudah masuk tahun kedua negara berperang melawan Covid-19, tetapi kehidupan rakyat nampaknya semakin terkesan dengan amat teruk.

Semakin ramai yang hilang mata pencarian, hilang rumah, hilang keluarga, dan paling menyedihkan ramai juga yang akhirnya memilih untuk mengambil nyawa sendiri disebabkan tekanan perasaan akibat dihimpit masalah ekonomi yang berterusan.

Sehubungan itu selaras slogan Demokratik, Adil dan Peduli, wakil-wakil rakyat DAP terus proaktif melaksanakan tanggungjawab dalam membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke antaranya, mengedarkan bantuan susu dan lampin pakai buang untuk bayi dan kanak-kanak yang memerlukan di sekitar Parlimen Seremban. 

“Selain bakul makanan, saya tahu ada keluarga yang memerlukan bantuan untuk bayi dan kanak-kanak seperti diapers dan susu,” katanya.

Menurutnya, beliau mendapat sumbangan dari seorang kawan yang menyumbangkan 400 set diapers Huggies dalam pelbagai saiz dan 400 pek susu Dutch Lady untuk peringkat umur yang berlainan.

Bantuan lampin pakai buang pelbagai saiz dan susu bayi dan kanak-kanak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin juga tidak ketinggalan untuk turun padang menyampaikan agihan bakul makanan kepada penduduk di Parlimen Bakri meskipun beliau sedang sarat hamil tujuh bulan. 

Program agihan bakul makanan di Parlimen Bakri

Program agihan bakul makanan yang dijalankan pada setiap hari di Parlimen Bakri diharapkan dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh rakyat ketika pandemik Covid-19 ini. 

“Harapan kami supaya dengan sedikit bantuan bekalan makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesusahan mereka,” ujarnya. 

Selain daripada pengagihan ratusan bakul makanan setiap hari, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bakri juga turut menjalankan Program Dapur Harapan Bakri sejak Jun lalu. 

Program Dapur Harapan Bakri anjuran Pusat Khismat Rakyat Parlimen Bakri

Program ini bertujuan untuk menyediakan makanan tengah hari percuma di enam gerai yang berbeza untuk penduduk yang memerlukan di kawasan Parlimen Bakri.

“Selain daripada mereka yang dalam senarai, penduduk-penduduk yang memerlukan boleh walk-in sahaja di gerai tersebut, medaftarkan nama dan mendapat makanan terus,” jelasnya lagi. 

Di Kedah pula, DAP Negeri Kedah telah menyediakan lebih 3,000 bakul makanan untuk diberikan kepada keluarga yang terkesan dan terputus bekalan makanan.

Bantuan berbentuk barangan keperluan asas untuk Program Bakul Muhibah DAP Kedah

Jelas Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew, DAP Negeri Kedah telah melancarkan program 1,000 Bakul Muhibah sebagai tanda sokongan kepada kempen kibar bendera putih pada 3 Julai lalu.

“Tidak sampai pun dua minggu program ini dilancarkan, pihak kami telah menyantuni dan membantu lebih 1,500 keluarga yang terkesan dan terputus bekalan makanan. 

“Bakul-bakul makanan yang diagihkan ini adalah hasil sumbangan dari badan-badan dan syarikat-syarikat koperat serta orang perseorangan yang turut bersimpati dengan apa yang rakyat terbanyak hadapi ketika ini,” jelasnya.

Menyedari kesusahan yang rakyat hadapi untuk mendapatkan bekalan makanan dari saluran yang disediakan oleh kerajaan, maka DAP Negeri Kedah sekali lagi mengambil keputusan agar usaha-usaha kebajikan ini diteruskan lagi dengan penambahan 2,000 bakul muhibah.

Gambar bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Untuk makluman, program ini juga turut mendapat perhatian dan sokongan daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 

“Atas inisiatif beliau, ada pihak koperat yang telah berbesar hati membantu dan menyumbang 1,000 Bakul Muhibah kepada DAP Negeri Kedah agar usaha menyantuni masyarakat yang terkesan akibat pandemik ini diteruskan,” katanya lagi. – Roketkini.com