Berita

Khairy perlu segera tangani peningkatan jumlah korban Covid-19

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin digesa agar tidak berlengah lagi dan segera memberikan penjelasan mengenai jumlah kematian akibat Covid-19 yang begitu tinggi. 

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, September adalah bulan dengan kes kematian paling tinggi disaksikan negara dengan hampir 10,000 kes.

Tambahnya lagi, kira-kira 73% daripada jumlah keseluruhan korban Covid-19 dalam negara berlaku pada bulan Ogos dan September tahun ini.

“Apa yang lagi membimbangkan adalah, kematian dalam bulan September ini adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan Ogos,” tegasnya dalam kenyataan, hari ini. 

Malah, katanya, sebanyak 9,550 kematian akibat Covid-19 berlaku dalam 31 hari pertama Khairy menjadi menteri kesihatan.

“Khairy perlu menjelaskan, apakah yang sedang dilakukan untuk menurunkan peningkatan mendadak kematian akibat Covid-19 ini. 

“Atau adakah kita perlu menjangkakan 10,000 lagi kematian dalam bulan Oktober?” soal pemimpin veteran DAP itu.

Berikut adalah garis kematian kematian akibat Covid-19 di Malaysia yang amat membimbangkan:

17.3.2020 – kematian Covid-19 pertama

31.8.2020 – 127 kematian

16.9.2020 – 128 kematian

31.12.2020 – 471 kematian

11.1.2021 – 555 kematian (Darurat diisytiharkan)

31.1.2021 – 760 kematian

28.2.2021 -1,130 kematian

31.3.2021 -1,272 kematian

30.4.2021 – 1,506 kematian

31.5.2021 – 2.796 kematian

30.6.2021 – 5,170 kematian

31.7.2021 – 9,024 kematian

31.8.2021 – 16,664 kematian

29.9.2021 – 26,142 kematian — Roketkini.com