Berita

DAP lancar platform salur maklumat terkini kepada pengundi Melaka

Oleh Roketkini

Ekoran kekangan untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, DAP hari ini melancarkan inisiatif saluran siaran bagi menyalurkan maklumat terkini kepada para pengundi.

Pengarah Pilihan Raya DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, menerusi platform aplikasi Whatsapp, para pengundi boleh mengetahui pelbagai maklumat terkini berkaitan pilihan raya tersebut.

Menurut beliau, untuk menyertai platform tersebut, orang ramai boleh menyimpan dahulu nombor 011-55841003 dengan nama ‘PRN Melaka’ dan seterusnya menghantar mesej ‘Ya, Bahasa Kebangsaan’ menerusi Whatsapp.

“Pengundi ada hak hendak tahu dan dengar hujah-hujah parti yang akan bertanding ini. Kita tahu banyak rintangan kita perlu atasi, jadi kita tidak akan berputus asa.

“Maka hari ini kita akan melancarkan satu program di mana kita akan sediakan empat nombor telefon bagi semua lapisan pengundi Melaka mendapatkan maklumat dari saluran Whatsapp,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagi pengundi yang inginkan maklumat dalam bahasa Cina, jelas Poay Tiong, mereka boleh membuat langkah yang sama menggunakan nombor 011-55821003 manakala untuk bahasa Tamil menggunakan nombor 011-55841009.

Sementara itu, tambah Ahli Parlimen Kota Melaka tersebut, bagi maklumat dalam bahasa Inggeris, para pengundi boleh menggunakan nombor 011-55821009.

“Inilah nampaknya cara yan gboleh kita guna menggunakan Whatsapp (untuk memberi maklumat kepada pengundi),” katanya. – Roketkini.com