Rencana

Gerakan parti paling ‘cheap’ dalam politik Malaysia – Anthony Loke

Oleh Roketkini

Walaupun parti Gerakan ditolak sepenuhnya oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, presiden parti itu, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai semalam mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan parti Gerakan sebagai parti yang paling ‘cheap’ dalam politik Malaysia hari ini.

Tambahnya, parti itu tidak ada nilai dan tidak ada maruah diri.

“Yang paling utama untuk pemimpin mereka ialah ada jawatan dalam kerajaan walaupun tidak ada mandat dari rakyat. Ya, malu apakan?” soal Anthony sinis.

Anthony menyoroti pendirian-pendirian yang telah dibuat Gerakan sebelum ini terutama selepas kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14, yang mana parti itu merupakan antara yang paling awal meninggalkan gabungan itu.

Bukan itu sahaja, tambah Anthony, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada tahun 2019, Gerakan dikatakan mahu jadi ‘kuasa ketiga’ namun calonnya hilang deposit dalam PRK tersebut.

“Selepas Langkah Sheraton, dia (Gerakan) antara yang paling awal mengemis dari Muhyiddin untuk menjadi parti komponen Perikatan Nasional,” katanya. – Roketkini.com