Rencana

POJOK: Bukan tak sayang Adenan tapi sayang lagi Sarawak

logopojok_manangatan_sDahsyat sungguh BN Sarawak. Ia bukan saja sokong Najib, malah setiap saat sokongannya terhadap Presiden UMNO itu, bermakna setuju dengan segala dasar yang diluluskan kabinet UMNO-Najib, termasuk cukai GST 6% yang turut kena dibayar rakyat Sarawak.

Tapi apa boleh buat. Oleh kerana BN Sarawak kuat, maka terpaksa rakyat Sarawak terima bencananya juga. Sudahlah kena cukai GST 6%, harga di Sarawak tetap lebih tinggi dari Semenanjung.

Dengarnya Menteri kata cukai GST itu akan dikembalikan kepada rakyat tapi bagaimana itu? Bukankah Malaysia sudah tanggung hutang RM55 bilion hasil skandal 1MDB? Memang ia bukan cerita orang Sarawak, dan bukan dilakukan oleh Tan Sri Adenan Satem. Tapi bila sudah jadi hutang negara, tempiasnya tetap sama dipikul, sama terbeban. Hutang RM55 bilion itu, jika dibahagikan dengan 30 juta rakyat Malaysia, setiap orang tanggung sekitar RM1,700. Tak pasal-pasal.

Bayangkan pula jika RM55 bilion itu diperuntukan untuk Projek Kecil Luar Bandar (MRP), sudah lama orang pedalaman hidup senang dan bahagia! Tapi sayang, itu hanyalah angan-angan semata.

Datuk Patinggi Adenan berkata, kalau tak suka calon BN, ingatlah dia dan undi BN juga. Dia cuba beritahu bahawa dia adalah orang baik. Tapi apa guna dia baik jika calonnya tak baik. Apa guna dia baik jika dia bersekongkol pemimpin Pusat yang tidak baik. Bukan kita tidak sayang Adenan, tapi kita lebih sayangkan Sarawak.

Kerana kita sayang Sarawak, kita perlu kurangkan majoriti BN dalam pilihanraya kali ini. Jika Adenan kurang kerusi, dia akan sedar diri, tak boleh perintah negeri suka-suka saja. Dia kena dengar suara rakyat melalui suara wakil pembangkang. Suara rakyat akan kuat dan mampu untuk membela seluruh nasib anak bangsa yang terpinggir. Ayuh berubah! – Roketkini.com