Berita

Muafakat pakatan mampu tumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Parti-parti pembangkang negara ini diseru mengutamakan muafakat dalam pakatan untuk menang dalam pilihanraya akan datang.

Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad ini berkata, pembangkang negara ini perlu saling membantu supaya dapat mengalahkan BN dan menjatuhkan pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak dalam piliharanya tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis anjuran PKR Lembah Pantai dekat sini semalam memetik laporan Malaysiakini.

Mengimbau pengalaman politiknya, Dr Mahathir berkata kejayaan kerajaan Perikatan yang kemudiannya BN adalah kerana misi bersama parti-parti komponen membolehkan mereka berkongsi pangkalan sokongan masing-masing.

Justeru, ia memberikan kelebihan kepada parti-parti yang bertanding dan membolehkan calon bukan Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu, begitu juga sebaliknya. -Roketkini