All posts by admin

Kerana sebatang pensel

Sejarah Islam sendiri pernah menyaksikan pembunuhan Mansur Al Hallaj kerana kepercayaannya.Dunia Nusantara pernah kehilangan sejumlah buku-buku Hamzah Fansuri – yang dibakar dan dilenyapkan daripada kamus sejarah dunia hari ini.

DAP gesa polis hentikan amalan pilih bulu, siasat segera 1MDB

DAP hari ini sekali lagi mempertikaikan kredibiliti pihak polis yang sehingga kini tidak pernah melakukan siasatan terhadap penyelewengan 1MDB walaupun sudah lebih sebulan laporan polis dibuat.

Bersetiakawan bersama para Muslimin #VoyageAvecMoi

Kita tidak boleh terjerumus ke dalam perangkap pengganas. Apa yang mereka mahukan ialah untuk menyalahgunakan nama Tuhan untuk memecahbelahkan kita dan memanipulasi akal fikiran kita, hanya demi nafsu buas mereka untuk membunuh dan melakukan kehancuran.

“Apakah kenyataan Mashitah kurang serius dari Eric?

“Saya minta KPN beri penjelasan kenapa gagal tahan Mashitah atas penipuan jahat beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO bahawa komuniti Cina di Kedah membakar Al-Quran dalam satu ritual agama,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Tolak ekstremisme pendorong kebencian, pupuk sikap hormat dan kesaksamaan

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Hari Ponggal berkata, impian rakyat Malaysia adalah keadilan, demokrasi dan kemakmuran ekonomi, dan menghindar dari masalah yang berpunca dari rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi.

Kalau Tun Razak masih hidup, pasti beliau sokong desakan 25 tokoh Melayu

“Saya percaya jika Tun Razak masih hidup, beliau akan memberikan sokongan kepada 25 tokoh Melayu dan memandang serius serta tidak ‘memekakkan telinga’ berhubung surat terbuka terbabit,” katanya dalam forum Memperingati Tun Razak, semalam.

Tun Razak buat, Najib cuma janji, kata Dolah Kok Lanas

Bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad menyelar cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya pandai bercakap namun tidak pernah melaksanakan janjinya.

Benarkah USD2.3 bilion dana 1MDB di Cayman sudah ditebus?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy gagal menjelaskan maksud ‘menebus semula’ dana pelaburan USD2.3 bilion di Kepulauan Cayman, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Kebebasan bersuara perlu disulami etika

sekiranya anda ingin mempertahankan kebebasan bersuara, perjuangkan sekali etikanya kebebasan bersuara agar tidak disalahgunakan. Juga, sekiranya agama anda dihina dengan lukisan, balas dengan lukisan. Jika tidak, anda hanya menang di pertempuran, tetapi kalah dalam peperangan.

Mitos gerakan mahasiswa dan kuda tunggangan parti

Jujurlah pada yang namanya perjuangan gerakan mahasiswa, kasihanilah keinginan suci mereka untuk merobah dunia dengan tangan dan keinginan mereka sendiri.