All posts by admin

Budaya India dalam Novel Melayu – Bahagian 1

Novel Tak Sengaja Cinta (2014) tidak mengangkat watak-watak utama kaum Melayu. Sebaliknya majoriti watak dalam novel setebal 742 halaman ini adalah watak kaum India beragama Hindu.

Adakah pertemuan Najib dengan pemimpin Umno Isnin nanti berakhir dengan ledakan politik?

Mahathir mendesak supaya perjanjian bailout antara Lembaga Tabung Haji dan 1MDB dibatalkan segera, sementara Muhyiddin pula memberi amaran dari Milan, bahawa skandal 1MDB akan meletup di muka Umno!

“Kalau Najib mahu sokongan rakyat Sabah, jangan datang dengan tangan kosong”

“Ia merupakan satu pembaziran jika acara mewah itu tidak membawa apa-apa sumbangan kepada rakyat Tawau secara khusus dan Sabah amnya yang berdepan masalah serta memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Permatang Pauh beri isyarat rakyat muak dengan BN

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, keputusan PRK tempoh hari menghantar mesej yang kuat kepada BN bahawa rakyat secara umumnya sudah muak dengan cara mereka mentadbir dan mahukan perubahan.

Kak Wan ke Parlimen semula, petanda baik untuk golongan wanita

“Kepulangan Kak Wan ke Parlimen bermakna isu-isu kami, (wanita) serta kepentingannya akan lebih didengari, diberi pertimbangan dan mendapat penghormatan yang wajar.

Rompin dan Permatang Pauh – Melayu berminda UMNO makin lesap

Keadaan Minda Orang Melayu maju dan subur. Keadaan minda orang Melayu sihat rupanya. Jumlah orang Melayu berminda UMNO makin …

Skandal Tabung Haji-1MDB: DAP mahu Perdana Menteri letak jawatan

Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

SPR harus jawab status terkini kajian persempadanan semula Parlimen dan DUN

Dalam keadaan di mana kerajaan persekutuan Barisan Nasional tidak mempunyai sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, pindaan ini bakal menghadapi cabaran yang besar untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Kemenangan Wan Azizah buka jalan untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang

Begitu banyak sandiwara politik dipentaskan sewaktu PRK Permatang Pauh yang telah mencetuskan publisiti dan keterujaan, namun hasilnya menunjukkan bahawa para pengundi mempunyai akal sihat yang tidak mudah dibuai oleh gembar-gembur media mahupun sandiwara tersebut.

Kenapa KPN tangkap peserta #BatalGST tapi senyap demo ‘anti-salib’?

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mendesak Ketua Polis Negara Tan Seri Khalid Abu Bakar menjawab pertanyaan Presiden Majlis Peguam Steven Thiru mengenai tangkapan peserta himpunan #BatalGST.