All posts by admin

Rompin sudah bersuara lawan GST, apa kata putus Permatang Pauh?

Dengan mengambil scenario paling teruk pernah berlaku, jika pola pengundian 2004 berulangan, maka undi majoriti Kak Wan dijangka lebih kurang 600 undi sahaja. Walaupun menang, namun kemenangan tidak selamat dalam tangan.

Siasat twitter Jay Jay Denis: KPN digesa henti takutkan rakyat

Orang muda seperti Denis yang bukan ahli mana-mana NGO dan parti politik bukan ancaman kepada negara, ini adalah satu siasatan yang membuang masa polis, sepatutnya mereka siasat kes jenayah yang berlaku dalam negara.

Pengerusi SPR dinasihat tumpu reformasi pilihanraya

“Walaupun negara telah menyaksikan PRU ke-13 lalu, masih begitu banyak kelemahan dan kecacatan dalam pilihanraya yang belum ditangani.

Permatang Pauh penerus harapan demi menyelamatkan Malaysia

“Khamis ini di PRK Permatang Pauh, pengundi mesti terus mengetuai perjuangan rakyat untuk mencapai impian dan harapan yang gagal dicapai dalam PRU ke-13 dua tahun lalu iaitu membawa perubahan melalui Kerajaan Persekutuan Baru yang Perdana Menterinya Anwar Ibrahim pada PRU ke-14 nanti.

Sudah sampai masa Najib pecat Ismail Sabri, kata DAP

“Dengan ancaman terbaru yang tidak bertanggungjawab itu bahawa beliau tidak meluluskan apa-apa dana pertanian jika Wan Azizah menang, rakyat Malaysia ingin tahun apakah alasan Najib tidak memecat Ismail dari pejabatnya?

Rahman Dahlan terus menikus tidak mahu jumpa Ketua Menteri P.Pinang

Tidak berjaya menjelaskan pembohongannya sendiri, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hanya mampu untuk memberi alasan bagi terus mengelak daripada berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

SPR patut tumpu reformasi pilihanraya, bukan dengar cakap Ridhuan Tee

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa memberi tumpuan kepada syor-syor Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang telah dibuat lebih daripada tiga tahun lalu daripada sibuk memikirkan cadangan pensyarah penuh kontroversi Ridhuan Tee.

Membina negara bangsa Malaysia

Mencapai sebuah negara bangsa adalah idaman setiap pemimpin yang sentiasa mendahulukan rakyat dan negaranya, melebihi dirinya mahupun parti yang diwakilinya.

DAP selar kempen janji kosong MIC di Permatang Pauh

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menyelar “politik tabur janji” MIC yang dikatakan telah berjanji untuk membina kuil di Permatang Pauh demi meraih undi kaum India.

Pengukuhan Akta Hasutan, fitrah sang penindas

Apa yang benar-benar membimbangkan adalah pindaan drakonian terhadap Akta Hasutan tersebut dibuat walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjanji sebanyak tiga kali untuk memansuhkan akta tersebut.