All posts in 'Berita' Subscribe

DAP isytihar ‘Deklarasi Bintulu’ kembalikan darjat Sarawak dalam Persekutuan Malaysia

Melalui pengisytiharan ‘Deklarasi Bintulu’, DAP Sarawak menyatakan komitmen untuk mengembalikan negeri itu kepada darjat asalnya – rakan setaraf dalam penubuhan Persekutuan Malaysia dan bukan sekadar sebuah negeri di dalamnya.

Kit Siang cabar Najib jadikan Sabah negeri contoh bebas rasuah

DAP mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman supaya menjadikan negeri itu sebagai contoh pentadbiran bebas rasuah.

Gerakan sebut ‘Melayu pendatang’, DAP pula yang dipersalahkan?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pertubuhan itu tidak henti-henti menyalahkan DAP, sedangkan kenyataan tersebut diucap perwakilan Gerakan dalam perhimpunan tahunan parti komponen BN itu di Shah Alam 19 Oktober lalu

DAP kecam tindakan UM larang program pelajar bersama Anwar Ibrahim

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim berkata, keputusan UM untuk menghalang program anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang dijadualkan pada 27 Oktober ini akan menjadi satu lagi lawak jenaka dunia.

Pulau Pinang tak pernah halang projek perumahan PR1MA

“Kerajaan negeri senantiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat dan negara,” kata Guan Eng.

Pencegahan Rasuah: Indonesia semakin ke depan, Malaysia mundur ke belakang

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan, apa yang lebih mengesankan lagi berkenaan usaha Indonesia adalah janji Presiden barunya Joko Widodo (Jokowi) untuk menggantikan lapan calon menteri berikutan cadangan dari Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK).

Contohi Sarawak, siasat segera pembalakan haram di Sabah -Chan Foong Hin

“Walaupun tugas ini amat berat untuk meletakkan satu pengakhiran kepada korupsi dalam sektor pembalakan haram kerana melibatkan banyak kepentingan, tapi ia tetap harus ditangani segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Bukan ‘buru’ Nancy, tetapi rakyat mahu jawapan kenapa Ibrahim tak didakwa

“Ugutan Ibrahim Ali untuk membakar Bible berbahasa Melayu dan kemudiannya menikmati kekebalan undang-undang akan terus ‘memburu’ Nancy, sehinggalah kerajaan memberikan satu jawapan yang munasabah dan memuaskan berhubung perkara itu.

Kalau berani, KPN perlu usul sendiri IPCMC – Lim Kit Siang

Ini berikutan kenyataan Khalid semalam, bahawa polis tidak pernah membantah penubuhan IPCMC, sebaliknya hanya tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan, antaranya seperti tiada hak untuk merayu bagi polis yang disabit kesalahan oleh suruhanjaya itu.

DAP gesa Baitulmal Sarawak kemuka laporan kewangan

“Wang dikutip TBS setiap tahun adalah daripada pembayar zakat. Adalah hak rakyat untuk tahu ke mana wang itu pergi dan bagaimana ia dibelanjakan.