All posts in 'Berita' Subscribe

Guan Eng minta polis kemuka bukti ahli PPS terlibat jenayah

Kerajaan Pulau Pinang meminta polis mengemukakan bukti bahawa 11 daripada 156 orang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan baru-baru ini mempunyai rekod jenayah.

Khalid Abu Bakar bukan maksum hingga tak boleh dikritik – Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengingatkan Ketua Polis Negara (KPN) tidak bersikap sombong dan sedar bahawa beliau hanya penjawat awam yang dibayar rakyat untuk melaksana kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

Kit Siang cadang tubuh RCI, kaji komitmen Pusat terhadap Sabah dan Sarawak

Kit Siang berkata, RCI tersebut bertujuan untuk mengkaji sama ada sumpah kesetiaan rakyat Sabah dan Sarawak sepanjang lima dekad lalu sebagai syarat sokongan pembentukan Malaysia telah dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.

Halang upacara Batu Sumpah Keningau kerana kehadiran Lim Kit Siang?

Kelulusan oleh Pejabat Daerah Keningau pada 27 Ogos lalu kepada Jaringan Orang Asal Sabah (JOAS), NGO orang Asal dan anak negeri ini untuk mengadakan upacara Batu Sumpah Keningau ditarik balik tanpa sebab, menurut Kit Siang dalam satu kenyataan.

MB Selangor: Wanita Pakatan Rakyat sebulat suara sokong Wan Azizah

Wanita Pakatan bersatu dalam menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kami bersama-sama untuk mengesahkan pendirian kami, bahawa beliau seharusnya dilantik sebagai Menteri Besar..

PPS pertubuhan sah, sama seperti JKKK dan JKKKP

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) adalah pertubuhan sah yang diluluskan kerajaan negeri Pulau Pinang, sama seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang ditubuhkan kerajaan negeri ataupun JKKK (P) yang ditubuhkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Jagdeep, Chong Eng ganti Phee urus kepulangan abu mangsa MH17

“Phee pada awalnya diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal itu. Beliau sangat mengambil berat tentang tanggungjawab tersebut. Walapun ditahan semalam, beliau kerap berhubung dengan Exco lain berkaitan perkara itu,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

PPS: ‘Kita takkan tunduk, kerana kita benar’ – Guan Eng

“Walau pun kerajaan negeri tiada kekuatan seperti beliau, kita tidak akan tunduk kerana satu nilai, iaitu kebenaran,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika ditemui wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Timur Laut di sini, pagi tadi.

Tahan sukarelawan PPS: Negara sudah jadi ‘bandar koboi’?

“Negara semakin menjadi seperti ‘bandar koboi’, pihak yang tidak bersalah dan ingin bantu menjaga keamanan ditangkap. Polis patut tumpu menangkap orang yang benar-benar buat kesalahan seperti individu yang menyerang rumah Ketua Menteri semalam,” kata Zairil.

Kerajaan Pulau Pinang sedia khidmat guaman pertahan anggota PPS

“Mengapa seluruh 10,000 anggota PPS dihukum hanya kerana perbuatan salah seorang anggota PPS?” soal Ketua Menteri Lim Guan Eng.