All posts in 'Berita' Subscribe

Johor perlu pembangunan seimbang, bukan hanya di Iskandar

“Pembangunan di Johor bukan hanya di wilayah Iskandar, dan pembangunan di kawasan itu bukan hanya berkenaan hartanah. Sedangkan dalam wilayah Iskandar, jurang pembangunan yang semakin ketara turut memerlukan perhatian segera,” kata Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

‘Molotov-cocktail’ dilempar ke rumah Guan Eng, polis mula siasatan

Insiden itu dipercayai berlaku kira-kira jam 11.45 malam dan bahan letupan yang jatuh ke halaman rumah itu meninggalkan sedikit kesan terbakar..

‘Kenapa dua statistik berbeza untuk kadar jenayah tahun yang sama?’ – Teo Nie Ching

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, perkara itu sangat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi daripada Dewan Rakyat yang merupakan institusi tertinggi negara.

Merdeka hanya bermakna jika rakyat bebas dari kemiskinan dan belenggu ketakutan

Lim Guan Eng berkata, ulangtahun kemerdekaan tahun ini dibayangi oleh sikap ekstremisme perkauman, pendakwaan terpilih terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, kehilangan pekerjaan bagi 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS), kegagalan pelajar cemerlang mendapat tempat di universiti serta kos sara hidup yang meningkat.

Perutusan Merdeka ke 57: Jadikan tragedi MH370 dan MH17 titik mula kembalikan perpaduan negara

“Saban tahun, kita diingatkan bahawa negara kini bebas daripada penjajahan. (Namun) adakah kita benar-benar bebas, atau kita dibutakan oleh ilusi yang dimainkan propaganda kerajaan?,” soalnya.

Kalau Rafizi boleh didakwa, bagaimana dengan fitnah MB Negeri Sembilan? – Kit Siang

Berbanding kenyataan Rafizi Ramli, fitnah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa kembali Singapura ke dalam Malaysia jika berjaya mentadbir di peringkat pusat adalah jelas satu provokasi dan tidak bertanggungjawab, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Siri pendakwaan Akta Hasutan: Kit Siang bidas Zahid lepas tangan

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang cuba ‘melepaskan diri’ daripada siri terbaru pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Muafakat politik Pakatan beri makna kepada ‘PAS for all’ – Dr Dzul

“Kita tidak boleh menangani cabaran perjuangan hari ini dengan kembali kepada fikrah 60-an dan 70-an. Perlu ada ijtihad-ijtihad baru daripada ulama-ulama haraki dan ilmuan Islam.”

Akta Hasutan: Najib atasi rekod 22 tahun ‘zaman gelap’ Dr Mahathir

“Hakikat yang sebenarnya berlaku ialah Najib mencipta rekod menggunakan Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat, mengatasi ‘zaman gelap’ 22 tahun pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir,” ujar Kit Siang.

Kolej swasta terlalu banyak punca tawaran jurusan perubatan IPTA dihadkan

Tindakan Kementerian Pendidikan membenarkan kolej perubatan swasta tumbuh terlalu banyak punca sebenar kurang tempat latihan di hospital sehingga tawaran jurusan itu di institut pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa dihadkan.