All posts in 'Berita' Subscribe

Setelah ahli akademik, media jadi sasaran Akta Hasutan

“Saya jalankan tugas dengan betul sebagai wartawan,” kata Susan Loone, wartawan Malaysiakini yang kini menjadi mangsa terbaru Akta Hasutan 1948 ekoran laporannya berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Jika Najib berpegang pada janji, mansuh Akta Hasutan sekarang

“Ketiadaan undang-undang baru tidak seharusnya menjadi alasan untuk menggunakan Akta Hasutan,” tegas Teresa.

MIC, MCA dan Gerakan perlu beri kata dua jika Zahid kekal dalam kabinet

Menteri kabinet dari parti MIC, MCA, dan Gerakan perlu memberi kata dua untuk meletakkan jawatan jika Perdana Menteri masih teragak-agak untuk memecat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pulau Pinang bukan NGO, Ketua Polis digesa jangan bertindak sesuka hati

Tidak ada persoalan undang-undang yang timbul sewaktu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan melalui mesyuarat Exco Pulau Pinang lima tahun lalu.

Pendakwaan Prof Azmi serangan langsung terhadap kebebasan akademik – Kian Ming

Pendakwaan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya Profesor Madya Dr Azmi Sharom bukan sahaja tidak munasabah, malah ia juga boleh dianggap sebagai serangan langsung terhadap kebebasan akademik.

Kenyataan perkauman Zahid Hamidi adalah kesalahan jenayah

Kenyataan berbaur perkauman oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti dilaporkan media semalam mesti disiasat dan diambil tindakan kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

“Rakyat nak tahu, kabinet Najib masih waras atau tidak” – Lim Kit Siang

Secara sinis Kit Siang menegaskan mesyuarat menteri kabinet esok adalah sangat penting, kerana rakyat Malaysia ingin menentukan sama ada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak masih waras untuk memimpin negara ini.

KPN diberi tujuh hari sahut cabaran debat dengan Guan Eng

“KPN diberikan tempoh tujuh hari untuk menyahut cabaran Ketua Menteri berbahas di pentas terbuka bagi menghalusi landasan undang-undang dan kesahihan pendapat yang menyatakan PPS itu haram dan samseng.

Isu PPS: KPN seolah hina perutusan Merdeka Najib, malukan negara

“Hari yang sepatutnya menjadi inspirasi dan peneguhan kembali 30 juta rakyat Malaysia untuk mencerna seruan Merdeka bertukar menjadi hari penuh hina, menyebabkan seluruh rakyat tertanya-tanya apa yang tak kena dengan pembinaan negara selepas lebih separuh abad merdeka.

Pentadbiran Najib paling huru-hara dalam sejarah Malaysia – Kit Siang

“Pentadbiran Najib bukan hanya ‘auto-pilot’, tapi paling huru-hara dalam sejarah yang sebenarnya hanya berlaku di negeri demokrasi terburuk di dunia,” kata Kit Siang ketika berucap dalam upacara Batu Sumpah, di Keningau baru-baru ini.