All posts in 'Berita' Subscribe

Projek paip air graviti Impian Sarawak, sukarelawan diperlukan

DAP mengalu-alukan orang ramai untuk bersama membantu dan menjadi sukarelawan dalam projek ini yang akan diadakan dari 20 September hingga 29 September 2014 di Lawas, dan 27 September hingga 5 Oktober di Limbang.

KPN mesti minta maaf, buka semula kertas siasatan kematian Beng Hock

Terdapat kegagalan keadilan dalam pengendalian kes Teoh Beng Hock,” ujar Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, memetik penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara memutuskan mahkamah koroner dan Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam memutuskan kes Beng Hock.

Kematian Beng Hock bukan bunuh diri, SPRM bertanggungjawab

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa kematian mendiang Teoh Beng Hock lima tahun lalu adalah diakibatkan oleh perbuatan pihak-pihak tidak bernama termasuk pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

300 ahli akademik dan profesional turunkan tandatangan tuntut Azmi Sharom dibebaskan

Sejumlah 300 ahli akademik dan profesional menurunkan tandatangan bagi menuntut pembebasan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Najib guna Akta Hasutan untuk selamatkan kedudukannya dalam Umno

“Sejak Tun Mahathir menarik balik sokongan dan menyifatkan Najib lebih teruk daripada Tun Abdullah Badawi, Najib berada di bawah tekanan hebat dan cabaran daripada pihak pelampau (dalam Umno),” katanya dalam rencana bertajuk ‘Dancing to the tunes of Mahathir and Umno hawks’.

MP Tanjong dibebas selepas disiasat tujuh jam bawah Akta Pertubuhan

Polis membebaskan Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik selepas disoalsiasat hampir tujuh jam berhubung pembabitannya dalam Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang diisytihar haram oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Universiti di Malaysia gagal penuhkan kuota 1,550 pelajar perubatan

“Menurut statistik yang didedahkan Majlis Perubatan Malaysia, universiti-universiti awam memperuntukkan kuota sebanyak 1550 tempat. Apa alasan universiti tidak mengisi kuota ketika ramai pelajar terbaik gagal mendapat kemasukan ke program-program perubatan?

Akta Hasutan: Himpunan solidariti Azmi Sharom di UM 10 September

Penyelaras Kempen Vince Tan berkata, himpunan disertai mahasiswa dari Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Progresif UM, Persatuan Mahasiswa Islam UM dan kakitangan akademik, termasuk Dr Lee Hwok Aun dan Dr Rosli H Mahat.

Rakyat mesti bersatu halang era ‘kuku besi baru’ – Kit Siang

“Siapa menyangka bahawa ulangtahun kemerdekaan tahun ini ditandai dengan serangan ke atas usaha pembinaan negara, demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan media dan akademik,” katanya dalam satu kenyataan.

Logik kukubesi di sebalik kegilaan Akta Hasutan

Ikrar Najib sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menjadikan Malaysia ‘negara demokrasi terbaik di dunia’ punah apabila pentadbirannya melakukan pendakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang, paling banyak berbanding mana-mana Perdana Menteri Malaysia.