All posts in 'Berita' Subscribe

Operasi loji rawatan air Batu 9 Cheras dihenti, pengurusan diminta beri penjelasan

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong Ng Tien Chee, penghentian operasi kira-kira jam 11.30 pagi tadi menyebabkan kawasan perumahan di sepanjang Jalan Balakong dari Pekan Batu 11 Cheras, Taman Impian Ehsan hingga ke Kampung Baru Balakong menghadapi gangguan bekalan air.

Pendapatan isi rumah RM5,900, kerajaan mengarut – Steven Sim

Steven menegaskan, angka tersebut tidak masuk akal apabila kerajaan sendiri mengakui 80 peratus isi rumah Malaysia mendapat faedah daripada program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberikan bantuan wang tunai kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Tangguh perjanjian air Selangor hingga kerajaan baru dilantik

Katanya, dalam keadaan kepimpinan kerajaan dalam peralihan, ia menimbulkan persoalan legitimasi terhadap perjanjian bernilai RM9.65 bilion yang dijadualkan akan selesai minggu ini.

Iklan kemalangan maut PLUS tidak peka, aibkan keluarga mangsa

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa berkata, penggunaan gambar mangsa yang mengerikan dan menyayat hati itu adalah sesuatu yang tidak sensitif dan tersasar daripada norma keinsanan dan budaya masyarakat.

DAP setia kepada Raja Berperlembagaan, mohon maaf kepada Sultan Selangor

DAP hari ini menegaskan kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan dan sama sekali tidak berniat menimbulkan rasa dukacita terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam konflik Menteri Besar Selangor.

Kakitangan dan pelajar UM anjur himpunan aman, tubuh gerakan Solidarity4AzmiSharom

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menubuhkan gerakan Solidarity4AzmiSharom, tanda sokongan kepada pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom yang kini didakwa di bawah Akta Hasutan.

Chin Tong tak putus asa, pastikan Pesta Kluang berjaya

Beliau juga mempersoalkan tindakan MPK yang cuba bermain politik dengan menghalang program itu diadakan di Dataran Kluang yang merupakan premis milik MPK, hanya kerana ia dianjurkan wakil rakyat Pakatan.

Akta Hasutan: Najib tak berani pertahan pendirian sendiri

“Walaupun Najib mendapat mandat, tetapi tak berani bertindak. Najib yang tunduk kepada tekanan. Jelas apa yang berlaku menunjukkan kelemahan kepimpinannya,” kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook kepada Roketkini.com.

Purata pendapatan meningkat, tapi jurang kaya-miskin melebar

Peningkatan purata pendapatan isi rumah ditunjukkan melalui kajian kerajaan tidak memberi makna jika jurang pendapatan miskin-kaya di negara ini masih melebar, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

MB Selangor: Pemuda Pakatan akan temu Kit Siang, Anwar dan Hadi

“Pemuda Pakatan bermuafakat menggesa krisis ini diselesaikan segera,” kenyataan bersama tersebut dipetik sambil menyatakan harapan anak muda untuk melihat krisis itu ditangani segera.