All posts in 'Berita' Subscribe

Jelaskan mengapa syarikat milik kerajaan tidak bayar hutang – Kian Ming

DAP hari ini mendesak kerajaan untuk menjelaskan mengapa syarikat berkaitan atau milik kerajaan (GLC) dibiarkan ‘lepas’ walaupun mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM4.5 bilion pada akhir 2012.

PM perlu bentang kesan penurunan harga minyak kepada pendapatan negara

Menyifatkannya sebagai situasi ‘black swan’ (keadaan yang muncul secara terpencil dan mengejut namun memberi kesan besar), Chin Tong berkata penurunan tersebut memberi kesan besar kepada belanjawan serta mengubah tahap defisit negara.

Akta Hasutan diguna kerana takut rakyat berani bersuara

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis kutipan dana Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) malam tadi mengimbau kembali peristiwa yang menimpanya sehingga dipenjarakan selepas disabit bersalah di bawah Akta Hasutan.

Generasi muda cetus gelombang ketiga kebangkitan

Keberanian generasi muda dan mahasiswa mempertahankan hak kebebasan bersuara bakal mencetus gelombang kebangkitan baru di kalangan rakyat Malaysia, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Kejar hutang berjuta syarikat kroni, bukan pelajar pinjam PTPTN

“Pemimjam PTPTN yang gagal membayar hutang diancam untuk disenarai hitam, namun pengarah dan pemilik syarikat yang berhutang jutaan ringgit dengan kerajaan ini bebas untuk kekal sebagai pengarah, malah bebas untuk memiliki syarikat lain,”

Universiti Malaya tidak berdaya halang Anwar, kebangkitan mahasiswa

Sekatan pihak pentadbiran tidak menghalang ribuan mahasiswa berkumpul di Dataran Tuanku Canselor Universiti Malaya (UM) bagi mendengar pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Buktikan pembinaan tapak kilang geoterma tak jadi projek balak

“Kalau sudah lihat barulah boleh percaya. Sudah berulang kali saya mencadangkan lawatan bersama ke sana kerana pembersihan kawasan di sana sering dikatakan melibatkan pembalakan secara meluas,” kata Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin dalam satu kenyataan.

Pakatan berjuang hingga saat akhir, lawan cubaan kedua penjara Anwar

Mengambil semangat pasukan bola sepak Manchester United, Lim Guan Eng berkata Pakatan Rakyat akan berjuang berhabis-habisan bagi menentang cubaan kedua kerajaan BN untuk menyumbat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara.

Rayuan kerajaan tambah hukuman ke atas Anwar tindakan zalim

Kata Kit Siang, hujah pendakwaraya bahawa hukuman lima tahun penjara itu ‘jelas tidak memadai’, ‘tidak mencerminkan keseriusan kesalahan itu’ dan ‘tidak menyampaikan matlamat keadilan dari perspektif kepentingan awam’ mencerminkan hasrat pemerintah untuk memenjarakan Anwar dengan apa jua cara.

Siapa dapat komisyen RM1.536 bilion 1MDB?

1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan sahaja mempunyai hutang menggunung yang dikumpulkan dalam jangka masa sekadar empat tahun, ia malah turut membayar komisyen sepuluh kali ganda melebihi kadar pasaran kepada pihak tertentu dalam usahanya mengumpul dana.